in

Perjalanan Nordin Ahmad Untuk Jadi Pelakon & 3 Filemnya Korang Wajib Tonton!

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak lagenda Allahyarham Nordin Ahmad kan? Tapi korang tahu tak sebenarnya perjalanan beliau untuk menjadi pelakon bukannya senang tau. Jom baca kisahnya!


Latar belakang Nordin Ahmad

Nordin Ahmad telah memulakan kerjayanya sebagai seorang kerani di pangkalan Tentera Udara Diraja British di Seletar, Singapura pada tahun 1951.

Namun begitu, beliau tidak terfikir untuk menjadi pelakon sehinggalah terlihat satu iklan ujibakat dari Malay Film Productions Ltd. (MFP) untuk mencari pelakon-pelakon baru.

Ketika beliau menyertai ujibakat tersebut, pengarah S. Ramanathan berpendapat bahawa Nordin  tidak mempunyai bakat untuk berlakon.

Usahanya tidak terhenti setakat itu, Nordin telah menerima tawaran untuk bekerja di studio MFP sebagai buruh kasar dan ketika ini beliau telah mendapat beberapa peluang untuk muncul dalam beberapa filem sebagai pelakon tambahan tanpa dialog.

Nordin Ahmad

Peluang yang dinanti-nantikan akhirnya tiba apabila pengarah Haji Mahadi telah mengambil Nordin untuk melakonkan watak utama dalam filem Permata Di Perlimbahan dan bergandingan dengan Maria Menado, namun malangnya filem tersebut tak laku.

Nama Nordin Ahmad terus terumbang-ambing sehingga beliau terpaksa menjadi pelakon tambahan semula serta membawakan watak-watak antagonis.

Untuk pengetahuan korang, ketika ini Nordin telah pun bersahabat baik dengan P. Ramlee ketika mereka sama-sama bergandingan dalam filem Juwita.

Nordin sering mengadu nasibnya dengan P. Ramlee dan kekecewaannya untuk menjadi pelakon terkenal. Tapi, sahabatnya itu sering memintanya untuk bersabar.

Sehinggalah pada tahun 1956, P. Ramlee telah menaikkan semula nama Nordin Ahmad dengan memberikan watak hero utama dalam filem kedua arahannya, Semerah Padi. Ekoran kejayaan filem ini, nama Nordin telah melonjak setaraf P. Ramlee sehingga beliau menangis ucap terima kasih kepada sahabat baiknya itu.

Selepas kontraknya bersama MFP tamat, Nordin telah menerima tawaran dari Cathay-Keris Films Production dan atas nasihat P. Ramlee beliau telah menerima tawaran tersebut.

Di Cathay, nama Nordin Ahmad telah melonjak-lonjak sehinggakan semua pengarah mahu menjadikannya sebagai hero bagi mendapatkan tontonan box office. Sepanjang kejayaan tersebut, tak pernah sekali Nordin melupakan sahabat baiknya dan sering melawat P. Ramlee sekiranya berpeluang.

Pada 15 Jun 1971, Nordin Ahmad telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar Singapura ketika berusia 41 tahun akibat demam kuning. Beliau telah meninggalkan seorang balu, seniwati Salmah Ibrahim beserta tiga orang anak.

152034974 1435328866814084 1918221295275895032 N

Ketika menerima berita kematian Nordin Ahmad, dalam keadaan sebak P. Ramlee berkata kepada wartawan bahawa dunia filem Melayu telah kehilangan bintang yang besar.

I’ve lost a good friend. Dunia filem Melayu kehilangan seorang bintang yang sangat besar. There will never be another Nordin Ahmad.”

3 Filem Nordin Ahmad Yang Wajib Korang Tonton

1. Semerah Padi

Fz2Cl4Wuiaafwll

Filem yang melonjakkan nama Nordin Ahmad ini mengisahkan tentang Taruna dan Aduka dua sahabat baik yang merupakan orang kuat kepada penghulu kampung Semerah Padi. Kampung Semerah Padi telah ditadbir mengikut aspek-aspek keislaman.

Namun begitu, wujud kisah cinta tiga segi yang melibatkan Taruna dan Aduka bersama anak penghulu, Dara. Konflik mula wujud di antara sahabat baik ini selepas Aduka dan Dara telah terlanjur melakukan zina.

2. Lanchang Kuning

Filem Lanchang Kuning yang diterbitkan pada tahun 1962 ini mengisahkan tentang dua panglima, iaitu Panglima Alang Yahya dan Panglima Ali merebutkan Telani. Apabila Telani berkahwin dengan Panglima Alang Yahya, Panglima Ali membuat helah kepada Baginda Sultan Siak bahawa untuk melancarkan Lancang Kuning baginda, ia memerlukan korban seorang perempuan bunting sulung iaitu Telani. Sedih cerita lakonan Latifah Omar ni.

3. Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

Mengisahkan mengenai Datuk Megat Seri Rama yang berjaya menumpaskan sekumpulan lanun dan menyelamatkan Wan Anum. Baginda Sultan Mahmud amat gembira atas kejayaan Datuk Megat dan dinaikkan pangkat kepada Datuk Laksamana. Tun Bija Ali, seorang pembesar istana tidak berpuas hati dengan perlantikan itu lebih-lebih lagi apabila Datuk Laksamana Megat mengahwini Wan Anum. Lalu, berlakulah pelbagai peristiwa yang akhirnya membuatkan Datuk Megat membunuh Sultan Mahmud.

Bakat Nordin Ahmad memang terserlah, tak salah percaturan P. Ramlee berikan watak utama pada beliau kan?

 

Baca: Ini 5 Filem P. Ramlee Yang Tak Boleh Ditayangkan Di TV Sebab…

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.