Satu video kini sedar tular memaparkan seekor kambing gurun atau Capricornis sumatrensis dilihat melintas jalan di kawasan tanah tinggi berkenaan sebelum memanjat tebing berhampiran.
Rakaman tersebut dipercayai dimuat naik oleh seorang pengguna jalan raya pada Isnin. Susulan video berkenaan tular, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kini menjalankan pemantauan terhadap kehadiran haiwan terbabit.
Artikel berkaitan : “Polis ramai merata tempat” – Genting Highlands Alami Sesak Teruk, Tular Dakwaan Kedai Emas Dirompak
Artikel berkaitan : Polis Tahan Pemandu Kereta Buat Aksi Ala ‘Drift’ Di Genting Highlands
Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Perhilitan, Datuk Fakhrul Hatta Musa berkata, perkara itu kini berada di bawah perhatian jabatan dan tindakan lanjut sedang dilaksanakan.
“Perkara ini sedang dipantau dan tindakan susulan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perhilitan. Orang awam yang menemui hidupan liar dalam situasi berbahaya diminta segera menghubungi Hotline Perhilitan di talian 1-800-88-5151 sebagai usaha bersama dalam melindungi khazanah alam negara.” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Menurut beliau, Perhilitan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap spesies hidupan liar terbabit di habitat semula jadinya.
Menurut Sinar Harian, ini bukanlah kali pertama kambing gurun mencuri perhatian. Sebelum ini, seekor anak kambing gurun yang tersesat di kawasan kuari di Bandar Mahkota Cheras berjaya diselamatkan oleh Perhilitan pada November 2024.
Untuk info, kambing gurun merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Sumber : Sinar Harian, Threads
