in

“Pergi rumah lain!” – Wanita Kena Tikam Di Tekak Tapi Takde Sorang Pun Nak Tolong

Tikam Tekak Kau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia sekarang makin bahaya! Jangan terfikirlah kalau korang nak jalan sorang-sorang walaupun kat tempat yang ‘kononnya’ paling selamat.


Baru-baru ni, seorang wanita telah ditikam oleh seorang lelaki ketika berjalan di kawasan perumahan dekat Bangsar sekitar jam 1.45 pagi hari ini (17 Oktober).

1E60
sumber: blog

 

Jangan buat bising nanti tekak kena tikam!

Menerusi posting Facebook wanita bernama Sushmita, dia bersama rakan perempuan sedang berjalan pulang ke rumah dari antara Jalan Terasek 3 dan 6 sebelum seorang lelaki muncul dengan pisau di tangan. Entah apa masalah lelaki tu, dia terus acu pisau ke leher kawan Sushmita.

44170476 1923372051085984 4535962661212389376 N
sumber: facebook

Suspek yang mungkin berusia dalam lingkungan 40 tahun tu kemudian ugut untuk kelar leher kawannya kalau dia buat bising. Tapi disebabkan kawan Sushmita ni takut sangat, dia menjerit-jerit minta tolong dan macam dijangkakan mamat tu apa lagi dia tikamlah tekak kawannya tu. Ouch! 

Lelaki tu kemudian pegang Sushmita pulak dan minta wang dan telefon pintarnya. Sushmita mengaku dia tak ada apa-apa pada masa tu dan lelaki tersebut terus lari ke Jalan Terasek 6 serta menghilangkan diri dalam masa 2 minit.

 

Tak ada siapa nak tolong, siap tutup pintu lagi! 

Disebabkan waktu pun dah lewat, mangsa dan rakannya ni lari ke rumah yang berdekatan untuk minta bantuan tapi mereka semua buat tak tahu je dan tak mahu tolong!

“Kami merayu meminta tolong kepada rumah berdekatan sebab rasa tak selamat nak berjalan hingga ke rumah kami. Ada yang keluar dari rumah dan tutup pintu.

“Ada pulak yang cakap, awak pergi… awak pergi rumah lain. Dan seorang lagi pulak cakap, kenapa awak membuang masa? Lari pergi rumah awak sendiri,” kata Sushmita.

Walau macam manapun, Sushmita telah membuat laporan polis mengenai hal ni dan pihak polis sedang menyiasat kes tersebut.

Cbbc
sumber: facebook

Hati-hatilah kalau berjalan tengah malam. Lebih baik ada orang lelaki yang teman. Bahaya betul zaman sekarang ni! 

Baca: Rompakan Bersenjata Di Sebuah Kedai Emas, Tapi Tindakan Pekerja Perempuan Ni Buat Netizen Pelik!

Bagi Free Barang Kemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.