in

“Perghhh part chorus tu” – [VIDEO] Lelaki Selamba Tarik Lagu Jangan Khianati Aku Sambil Duduk

story lagu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa dekat sini suka layan live performance atau pun busker-busker yang ada di mana-mana tempat?

Ternyata bakat mereka ini memang tak boleh dipandang rendah sebab ada juga sebenarnya mempunyai suara yang ‘wow’ tak macam segelintir penyanyi sedia ada.


Tarik macam tak ada hari esok

Baru-baru ini viral di TikTok apabila suara seorang lelaki yang sedang menyanyi ni boleh membuatkan orang ramai terpegun.

Dalam video itu kelihatan seorang lelaki dikenali sebagai Rauf yang sedang menyanyikan lagu berjudul Jangan Khianati Aku nyanyian asal Azlan & The Typewriters.

Tak dapat dipastikan dekat mana performance itu, tapi apa yang menarik perhatian ialah suara dia yang power menyanyikan lagu tersebut. Walaupun sambil duduk, dia berjaya menyanyikan lagu itu dengan cukup baik dan tiada cacat celanya. Kalau orang lain mahu dah tehenjut-henjut badan tu.

Sebenarnya dia mendapat permintaan oleh seorang wanita untuk menyanyikan lagu itu. Tak nak hampakan wanita itu, dia terus duduk depan wanita tersebut sambil menyanyi depannya.

Kehebaran Rauf ni memang bukan calang-calang, dan sehingga kini posting di akaun Tiktoknya @Ray rauff memperoleh lebih dari 300k views. Min malas borak banyak, korang tengok video ni.

@rayrauff1156

#jangankhianatiaku #lagu #indonesia #malaysia #singapore #fyp #foryoupage #esekeli #fypシ

♬ bunyi asal – Ray rauff – Ray rauff

 

“Power lah nyanyi sambil duduk!”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata Rauf membuatkan ramai netizen kagum dengan suaranya. Hal ini kerana ada mengatakan dia hebat sebab boleh nyanyi macam itu sambil duduk dan ramai juga yang meminta untuk dia nyanyi depan mereka jika ada kesempatan bertemu.

lagu 1 edit

lagu 2 edit

lagu 3 edit

lagu 4 edit

Kalau jumpa pun min nak request lagu juga la dekat brader ni. Confirm tak menyesal

 

Baca : “Meremang weh dengar!” -[VIDEO] Pemuda OKU Nyanyi Lagu Dipenjara Janji Buat Ramai Terpesona

foot lagu

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.