“Perempuan, korang hanya dipergunakan” – Lelaki Kongsi Pengakuan Wanita-wanita Terlanjur Supaya Yang Lain Tak Terpedaya Dengan…

Memang tak salah bila orang dulu-dulu cakap “cinta itu buta”. Manusia, kalau tengah dilamun cinta, dorang susah nak sedar apa yang betul dan apa yang salah dan sampai sanggup bergadai badan dan harta semata-mata untuk cinta.

Baru-baru ni, seorang pengguna Twitter, Muhaimin Masni kongsikan beberapa screenshots tentang pengakuan beberapa wanita yang mengatakan diri mereka telah terlanjur gara-gara cintakan teman lelaki dorang. Pengakuan dorang ni bermula dari seorang anon yang mengatakan dia menyesal kenal dengan boyfriend dia.

“Cepat-cepat tinggalkan lelaki macam ni”

Menjawab pertanyaan wanita ini, Muhaimin menasihati dia untuk cepat-cepat tinggalkan lelaki macam ni sebab dorang ni hanya nak ambil kesempatan je.

Ekoran dari pertanyaan anon sebelum ni, beberapa wanita turut kongsikan pengalaman dan penyesalan mereka akibat terlanjur dengan bekas teman lelaki mereka.

“Aku malu dengan semua orang yang anggap aku baik”

“Aku bagi sebab aku sayang”

“Macam mana kalau bakal suami aku dapat tahu pasal ni?”

“Sayang diri korang please”

Muhaimin menambah dengan menasihati agar perempuan-perempuan semua perlu sayang diri dari dipergunakan oleh lelaki-lelaki macam ni.

Lelaki minta sex sebelum halal totally sampah. Salah dua dua tapi yang lebih mudarat ke atas perempuan.”

“Kenapa aku boleh nangis baca semua ni?”

Netizen juga turut berikan rasa simpati mereka terhadap wanita-wanita ini dan memberi sokongan pada mereka.

Sebab tu manusia ni istimewa sebab kita diberikan akal untuk berfikir, so sebelum buat sesuatu, fikir dulu baik buruk sesuatu benda. Bak kata orang, “Ikut hati mati, ikut rasa binasa”.

 

Baca: “Goncang iman beb” – Lelaki ‘Slumber’ Bagitahu GF Yang Dia Dah Terlanjur Dengan Client Dikecam Netizen

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson