Pelakon senior, Angeline Tan sebelum ini membuat kejutan apabila dia dan pelakon Sabri Yunus bernikah dalam satu majlis kecil-kecilan.
Angeline Tan juga kini berhijab sepenuhnya selepas selamat berkahwin, namun ujian melanda dirinya apabila dia berkongsi sejak dia memakai tudung, masih belum ada tawaran berlakon.
Artikel berkaitan: “Jom lipat Bumi” – [VIDEO] Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Angeline Tan & Sabri Yunus Jawab Soalan
Artikel berkaitan: “Allah tak abaikan sesiapa” – Angeline Tan Kongsi Pengalaman Jejak Ke Tanah Suci Kali Pertama
Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan Yoke Yeah yang berusia 57 tahun itu mengakui kerjaya lakonannya tidak lagi aktif seperti dahulu.
“Sejujurnya sejak bertudung sampai sekarang saya masih belum mendapat sebarang tawaran berlakon.
Memang rasa agak berbeza sedikit kerana sebelum ini saya memang sudah terbiasa sibuk. Tetapi sekarang tiada kerja pula. Apa-apa pun saya percaya dengan takdir Tuhan bahawa setiap daripada kita ada rezeki masing-masing.
Ada waktu itu rezeki saya, ada waktu rezeki orang lain. Paling penting kita percaya dengan rezeki Allah. Mungkin Allah tidak berikan rezeki saya di sini (berlakon), rezeki saya ada di tempat lain,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu juga menolak dakwaan di mana ada pihak mengatakan dia bersedia membawa watak wanita tidak bertudung.
Malah, dia berkongsi, drama terakhirnya sebelum memeluk agama Islam ialah X-Change dan drama itu dibuat pada tahun lalu, sesi penggambarannya berakhir seminggu sebelum dia memeluk agama Islam.
Semoga Angelina sentiasa dimurahkan rezeki…
Sumber: Kosmo!