Sebelum ini, pendakwah terkenal Ebit Lew didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom. Ebit didakwa telah menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi Whatsapp antara Mac dan Jun tahun lalu.
Terbaharu, kes perbicaraan gangguan seksual membabitkan Ebit Lew akan bersambung di Mahkamah Masjitret Tenom bermula 20 sehingga 22 Disember ini.
Difahamkan, prosiding berkenaan adalah bagi meneruskan perbicaraan yang ditangguh sebelum ini selepas berlangsung selama empat hari pada 27 hingga 30 September lalu. Tiga saksi akan ditampilkan oleh pihak pendakwaan termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong pada hari ketiga dan keempat.
Ebit Lew dituduh melakukan salah laku itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Untuk rekod, pada Februari lepas Ebit Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan dan telah membayar ikat jamin sebanyak RM1,000 bagi setiap petuduhan.
Kredit: Harian Metro
BACA: Kes Gangguan Seksual Ebit Lew: Pengadu Enggan Buat Laporan Kerana Anggap Pendakwah ‘Orang Besar’