in

“Perangai cam hanat!” – Pisau Lipat Sengaja Dicucuk Tepi Gelongsor Sebab Nak Cederakan Budak-budak

Collage 32

Viral di media sosial baru-baru ini menunjukkan ada individu yang tak bertanggungjawab telah menanam pisau lipat di tepi gelongsor dekat taman permainan kanak-kanak.

Dalam gambar yang ditularkan ini juga menunjukkan gelongsor tersebut mempunyai kesan darah! Ini bermakna, mungkin ada kanak-kanak yang dah tercedera akibat dari tindakan kejam individu tersebut.

Jahat betul perangai.. ???Mata pisau lipat dicucuk ke gelongsor di taman permainan kanak-kanak. Awasi persekitaran kawasan permainan anak-anak andaSumber : Komuniti Scientex

Posted by Viral Muafakat Johor on Sunday, February 9, 2020

Dalam beberapa posting di page-page komuniti di Facebook, rata-ratanya mengingatkan parents agar periksa dulu taman permainan sebelum benarkan anak-anak bermain untuk elakkan sesuatu yang buruk boleh berlaku.

Lokasi sebenar gelongsor ini tak dapat nak dipastikan. Ada netizen yang kata Johor, ada juga yang kata Rawang.

Namun, bila admin buat penyiasatan lanjut, admin temui satu posting di Reddit menunjukkan gambar yang sama seperti gambar kat atas ini tapi kejadian ini berlaku di luar negara.

Menurut posting tersebut, darah daripada gelongsor tersebut merupakan darah ibu atau bapa yang sedang menemani anak mereka semasa bermain di sana.

Logiklah kalau gambar ni sebenarnya dari luar negara sebab budak dalam gambar tu pun pakai baju tebal, Malaysia ni panas lit-lit mana nak dan pakai baju tebal macam tu.

Apa-apa pun, dari gambar ini ramai netizen telah menyatakan rasa tak senang dorang dengan perkara ini kerana selain ia boleh membahayakan anak-anak, kita tak tahu virus apa yang ada pada pisau tersebut. Haih selisih!

Screenshot 2020 02 13 At 12.36.14 Pm Screenshot 2020 02 13 At 12.36.34 PmScreenshot 2020 02 13 At 12.36.50 Pm

Walaupun benda ni berlaku dekat luar negara, admin harap parents kat luar sana tetap berhati-hatilah, tak naklah benda tak elok berlaku pada anak kita.

 

Baca: Awasi Anak Anda! Video Budak Kecil Terkena Renjatan Elektrik Sampai Keras Kejung Tapi Tak Ada Sorang Perasan

Screenshot 2020 02 13 At 12.39.23 Pm