in

“Peranan diiktiraf peringkat antarabangsa” – Terkilan Dikecam Ramai, Coach Cerai Dakwa Peranan Disalah Tafsir

coach cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Individu yang dikenali sebagai Coach Cerai terus menjadi perhatian selepas didakwa menjadi pendorong kepada pasangan untuk bercerai oleh segelintir pihak sejak isu kemelut rumah tangga membabitkan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Melihat kritikan yang dilemparkan netizen, Mohd Izary Muhammed Ikhbal, 45, meluahkan kekecewaannya apabila menerima tohmahan disebabkan gelaran Coach Cerai itu.


“Apa yang saya rasakan adalah kebingungan, keliru, dan satu rasa terperanjat terhadap tahap kejahilan yang mampu dilakukan oleh orang kita sendiri.

“Menggalakkan atau menghasut orang bercerai adalah kerja gila.

“Itu bukanlah apa yang dilakukan Coach Cerai, tidak pernah menjadi niat saya untuk mengelirukan orang ramai dengan istilah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

592478763 18136500391469166 8409850264191812393 n

Artikel berkaitan: Hanya Perlukan 5 Minit Untuk Tahu Pasangan Itu Bahagia Atau Tidak, Kenyataan Dari Coach Cerai Ini Buat Ramai Terkejut

Artikel berkaitan: Video Podcast Dengan ‘Coach Cerai’ Dimuat Naik Semula, Netizen Setuju Dengan Kenyataan Caprice

Menurut Mohd Izary, peranan Coach Cerai atau Divorce Coach sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Malah, ada beberapa Coach Cerai terkenal dari negara Islam.

“Sekiranya mereka membuat carian mudah di Google, mereka akan tahu bahawa terdapat Divorce Coach terkenal dari negara Islam, termasuk Arab Saudi dan UAE.

“Nama-nama seperti Nada Hariri, Ghazal Hashim, dan Khadija Al Jabri, semua wanita, semua beragama Islam, semua melakukan kerja yang bermakna.”

604433488 18136500400469166 7257619581706564005 n

Perjelas hubungan dengan Uqasha Senrose

Dalam pada itu, Mohd Izary menjelaskan Uqasha memang telah mendaftar dalam program kendaliannya, namun belum memulakan sesi bimbingan sebenar.

IMG 3127

“Sejak bertemu dengan saya dan isteri, dia menjadi sangat rapat dengan isteri saya dan kehadiran kami di mahkamah hanyalah sebagai rakan,” jelasnya.

602915341 18136500436469166 2669385743984871846 n 604362023 18136500454469166 8909129338038861830 n

Dakwanya, kehadirannya di mahkamah telah dibesar-besarkan oleh media dan netizen, sehingga mencetuskan salah faham.

Selain itu, Mohd Izary juga mendakwa segelintir peguam syarie terancam dengannya atas sebab sebab yang sukar difahami.

Dia juga berasa kesal kerana tiada pihak menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan, meskipun kenyataan telah dikeluarkan terhadap Coach Cerai.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.