in

Penyewa Homestay Bingung, Pemilik Tahan Deposit 2 Hari Sebab Cat Dinding Menggelembung

Ft Homestay Tahan Deposit Sebab Dinding Menggelembung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk mereka yang dah biasa pergi menginap di mana-mana penginapan semasa travel, pastinya korang tahu yang kebanyakan penginapan akan meminta bayaran deposit sebelum tetamu dibenarkan untuk mendaftar masuk dan ianya akan dipulangkan sebaik sahaja tetamu daftar keluar dan tiada kerosakan atau kehilangan barangan berlaku.


Pun begitu, ada kalanya pemilik penginapan persendirian ni kadangkala mempunyai pelbagai helah licik untuk ‘menahan’ deposit tersebut seperti satu kes yang dikongsikan di Facebook baru-baru ini.

Menurut penyewa, perkongsian yang dilakukan itu bukanlah untuk memalukan pihak homestay di Pulau Pinang tersebut, sebaliknya ingin mencari jawapan kepada punca kerosakan dinding seperti yang didakwa oleh pemilik.

Screenshot 2023 11 20 115212

Menurutnya, ketika sudah mendaftar keluar, pemilik mendakwa penyewa ada melakukan kerosakan kecil di bahagian dinding yang melibatkan cat yang menggelembung.

Tambah penyewa itu lagi, mereka sendiri tidak menyedari tentang perkara tersebut selain tidak mengetahui kawasan mana yang rosak kerana dia dan keluarga hanya menggunakan penginapan tersebut untuk tidur.

Artikel berkaitan : “Tapak tangan berlumpur” – Pelakon Kongsi Detik Seram Tersesat Ketika Ke ‘Homestay’ Di Jenjarom

Artikel berkaitan : “Checkout lepas 20 minit” – Lelaki Kongsi Pengalaman Menginap Di Hotel ‘Paranormal’ Di Bukit Merah

Pun begitu, menurut perbualan antara penyewa dan pemilik, pihaknya perlu memanggil kontraktrok untuk mengenal pasti punca kerosakan dinding dan sementara itu, wang deposit terpaksa di ‘hold’ sementara waktu.

Cats 36

Cuba mencari jawapan kepada permasalahan tersebut, penyewa telah berkongsi gambar dinding di sebuah group ‘Tukang Apa Hari Ini’ dan rata-rata tidak bersetuju dengan penahanan deposit oleh pemilik dan meminta pengadu untuk memberikan nama homestay berkenaan supaya orang lain tidak terkena.

Cats 37

Menurut pengguna di group tersebut, kerosakan dinding itu bukanlah kerosakan yang dibuat oleh manusia tetapi ianya adalah disebabkan kelembapan untuk tempoh yang lama pada dinding.

Tidak kurang juga antara mereka yang memberi peringatan kepada penyewa, khuatir pemilik homestay ada niat untuk memerangkap individu berkenaan demi mengaut keuntungan mudah.

Sumber : Facebook 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.