Kebiasaannya, jika ada bayi yang menangis di dalam kapal terbang, sesetengah orang akan berasa terganggu dan meminta ibu bapa kepada bayi tersebut untuk menjaga anak mereka dengan baik.
Namun, lain pula situasi yang terjadi dalam sebuah kapal terbang ini apabila sekumpulan penumpang bekerjasama dalam cuba menenangkan seorang kanak-kanak lelaki yang menangis.
Nyanyi lagu Baby Shark
Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, dilihat seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak tersebut mendukung anaknya untuk meredakan keadaan.
Cuba untuk menolong lelaki tersebut, sekumpulan penumpang kapal terbang diihat menyanyi lagu Baby Shark secara beramai-ramai sambil bertepuk tangan.
@parikshitbalochi baby Shark! #fyp #flydubai #foryoupage #babyshark #dubai
Meskipun kanak-kanak tersebut dilihat masih lagi menangis dalam dakapan bapanya, namun usaha sekumpulan penumpang yang menyanyi itu ternyata menghiburkan dan membuktikan kepada kita semua bahawa masih ada lagi orang yang baik di luar sana.
Video ini tular dan mendapat perhatian warganet, yang rata-ratanya memuji penumpang kapal terbang tersebut kerana memahami dan cuba menenangkan kanak-kanak tersebut dengan menyanyi.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudahpun mendapat 3.2 juta jumlah tontonan dan hampir mencecah 250,000 komen.
Comel betul!