in

“Boleh tak saya keluar main dengan kawan-kawan?” – Comel! Gelagat Anak Kecil Curi-curi Keluar Rumah Guna Kostum Baby Shark

Combine Baby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu semua orang perlu mengambil peranan penting dalam membendung wabak Covid-19 ini terutama sekali ibu bapa. Ibu bapa harus memantau aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka supaya terus kekal berada di rumah, elakkan mereka untuk bermain di luar rumah apa lagi berjumpa dengan orang luar.


Namun, ada satu situasi yang melucukan berlaku di Louisiana, Amerika Syarikat dimana seorang kanak-kanak lelaki menyamar dengan memakai kostum baby shark untuk curi-curi keluar rumah bertemu dengan kawannya, lapor Metro.co.uk.

Baby

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Jalen Feimster itu berusaha untuk mengaburi ibunya, Christine yang berada di luar rumah itu dengan memakai kostum berkenaan. Amboi, bijak eh adik ni. Nak keluar rumah kena mneyamar jadi baby shark. 

Tindakan Jalen hampir berjaya sebelum ibunya menyedari bahawa kanak-kanak yang memakai kostum itu merupakan anaknya sendiri.

Menurutnya melalui posting di Facebook, dia tertarik dengan satu perkongsian gambar kanak-kanak yang memakai kostum baby shark di kawasan kejiranannya. Dia sedia maklum bahawa kostum itu juga dimiliki oleh anak lelakinya itu dan dia tersedar bahawa kanak-kanak yang berada di dalam kostum itu ialah anaknya.

Baby 2

Jadi pada hari itu, dia menyangka anaknya itu masih bermain di garaj kereta tapi sebenarnya tak, dia malah memakai kostum itu dan berjalan ke kawasan kejiranan supaya dapat menjenguk kawan-kawannya.

Anak lelaki itu selalu bertanya, adakah dia boleh keluar bermain bersama dengan kawan-kawannya  namun si ibu tetap melarang anaknya untuk keluar rumah memandangkan wabak Covid-19 semakin merebak di seluruh tempat.

Baca : “Saya fikir kostum tu comel dan boleh melindungi saya” – [VIDEO] Lelaki Pakai Kostum Angkasawan Elak Covid-19

Kostum

 

 

Sumber: Metro.co.uk
Sumber: Metro.co.uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.