in

“Penuh Kaca Berterabur Satu Dapur” – Tragedi Rebus Ikan Untuk Miow, Dapur Kaca Meletup

Kaca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini banyak berita mengenai dapur gas jenis kaca (tempered glass) yang meletup secara tiba-tiba.


Kini giliran Siti Azirah yang berkongsi cerita sama menerusi laman Facebook yang turut mendapat reaksi netizen.

74802507 2494218837566754 1345847136280903680 N
Sumber: facebook

Siti Azirah berkata kejadian berlaku ketika ibunya, Cempawan Abdullah, sedang merebus ikan untuk diberi makan pada kucing sebelum ia meletup secara tiba-tiba.

Bagaimanapun katanya nasib menyebelahinya kerana ibunya berada jauh dari tempat berlakunya letupan itu dan sempat mengelak daripada terkena serpihan kaca.

75247320 2494218890900082 1095212898088648704 N
Sumber: facebook

“Allah… nasib tak kena mak masa ni. Dapoq (dapur) meletup, selalu tengok dalam Facebook ja post pasai (pasal) dapoq kaca ni meletup.. hari ini jadi kat rumah sendiri… berkecai retak seribu. Lama dah pakai, ni bru nak jadi.. beware (hati-hati) lah rumah sapa (siapa) ada dapoq ni, memang cantik, tapi risiko dia macam ni lah.”

“Nasib la masa jadi anak-anak tak ada.. mak la duk kat dapoq (dapur) tengah rebus ikan nak bagi kucing, pastu tengok api jadi warna kuning, terus meletup,” katanya.

Hmm korang yang guna dapur gas macam ni please beware okay!

Baca: “Habislah kau” – Tak Sengaja Pecahkan Mangkuk Ibunya, ‘Nyawa’ Lelaki Ini Dalam Bahaya

Screen Shot 2019 11 17 At 1.39.08 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.