Kecoh diperkatakan sejak malam tadi mengenai tindakan salah satu pekerja pawagam yang memulakan semula filem Batman selepas 45 minit ditayangkan, pihak TGV Cinemas telah pun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjalankan siasatan.
Susulan itu, hari ini, TGV Cinemas menerusi laman Twitter rasmi tampil memberikan penjelasan situasi sebenar yang terjadi, katanya isu restart filem disebabkan golongan VIP itu tidak benar!
Ada berlaku masalah teknikal dan misscommunication
Kata mereka, memang ada berlaku kelewatan untuk filem The Batman di TGV Cinemas cawangan Vivacity pada 5 Mac lepas, ini kerana berlaku masalah teknikal dekat IMAX Hall mereka.
Pihak TGV menjelaskan bahawa mereka memberi layanan sama rata kepada semua pelanggan mereka. Malah, mereka tampil menceritakan hal sebenar.
Pada hari tersebut, sesiapa yang membeli tiket untuk pakej IMAX pada waktu pagi dan tengahari akan mengalami sedikit kelewatan, pihak mereka dengan sedaya upaya mahu memperbaiki masalah tersebut.
Namun begitu, pada waktu 7.15 petang, waktu tayangan boleh berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, timbul lagi salah faham apabila masih ada kakitangan ingatkan kelewatan itu sampai ke waktu petang, padahal isu dah selesai.
Disebabkan itu, kira-kira hanya 20 % pengunjung sudah masuk dalam hall, dan lebih 80% masih lagi belum masuk sedangkan pada waktu itu filem telah pun ditayangkan.
(Mereka tak tahu yang kat dalam hall movie tu dah berjalan, jadi mereka masuk mengikut waktu yang dikatakan delay tu.)
Oleh sebab itu lah, mereka berhenti dan memulakan tayangan semula dari awal. Akui kesilapan mereka atas tindakan itu, mereka pulangkan semula wang dan memberikan 2 keping tiket lagi sebagai tanda mohon maaf.
“Sekali lagi kami tegaskan bahawa keputusan kami untuk mulakan semula tayangan sama sekali tidak ada kaitan dengan golongan VIP dan kami sudah pun meminta maaf.”
Baca : Penonton Berang Pihak Wayang ‘Re-Start’ Movie Lepas 45 Min Tayang, Didakwa Hanya Sebab VVIP?