Batman merupakan salah satu karakter adiwira yang ikonik daripada DC Universe, dia juga dikenali dengan nama Bruce Wayne, seorang industrialis kaya Amerika yang tinggal di Gotham City. Sejak tahun 1989, beberapa filem watak fiksyen itu telah dikeluarkan dan tahun ini ia bakal menemui peminat dalam filem ‘The Batman’.
Bagi peminat siri filem Batman, mesti kenal dengan ‘Bat Signal’ kan? Ia merupakan cahaya yang dipancarkan jika rakyat Gotham City ingin meminta bantuan Batman.
Baru-baru ini, sebuah video viral di laman TikTok dimana sekumpulan team produksi memancarkan ‘bat signal’ di pusat beli-belah Sunway Pyramid.
https://www.tiktok.com/@zoewiththecurlyhair/video/7070133598677994779?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7064407196084028930
Video yang dimuat naik oleh @zoewiththecurlyhair itu menceritakan proses yang dilakukan untuk memancarkan cahaya tersebut, ia termasuk penggunaan kren untuk membuat awan tiruan bagi menampakkan efek yang lebih memukau.
Untuk cahayanya pula, mereka menggunakan laser berkuasa tinggi agar pancarannya itu lebih jauh dan jelas.
Setakat ini, video itu telah mendapat lebih 100k tontonan serta lebih 200 komen. Rata-rata netizen teruja melihat teknologi pencahayaan itu dan ramai yang ingin melihatnya secara live.
Difahamkan, ‘bat signal’ itu akan dipancarkan lagi pada malam ini di Sunway Putra dan di Berjaya Times Square pada malam esok.
Kena tengok ni!
Baca: Bekas Pelakon Superman Dan Batman Bakal Masuk MCU, Kemunculan Pertama Dalam Doctor Strange 2?