in

Penjual Murtabak Bakal Kena Penjara 6 Tahun Sebab Sebar Video Bogel Ex GF Gara-gara Tak Puas Hati Kena Tinggal

Collage 34

Cerita macam ni sebenarnya dah sering berlaku, tapi admin tetap harap yang ia akan jadi pengajaran untuk orang-orang yang sedang hangat bercinta tu untuk fikir dulu sebelum kongsi gambar bukan-bukan pada pasangan, ya?

Baru-baru ni, seorang lelaki dari Lumajang, Indonesia telah ditangkap oleh pihak polis kerana dituduh menyebarkan video bogel bekas kekasihnya.

Menurut Sosok, lelaki yang bekerja sebagai penjual murtabak ini menyebarkan video kekasihnya kerana sakit hati bila wanita itu memutuskan hubungan mereka.

Pihak polis berkata, pasangan ini sering berjumpa semasa menjual makanan, dari situ mereka mula menjalinkan hubungan cinta dan sudah pun melakukan hubungan seks luar nikah beberapa kali.

Namun, selepas menjalinkan hubungan, teman wanita lelaki ini meminta agar hubungan mereka diputuskan.

Kemarahan lelaki ini mula membuak bila ajakannya untuk berbaik semula ditolak. Tanpa membuang masa, lelaki ini terus mengirim video bogel bekas kekasihnya ke media sosial.

3031909181
Sumber: sosok

Video-video ini dia dapat dari bekas kekasihnya dan dimuatnaik ke Facebook dan Instagram supaya orang lain boleh tengok video tersebut.

Sejurus selepas mangsa mengetahui videonya telah disebarkan ke media sosial, wanita ini terus membuat laporan polis.

Kalau korang nak tahu, penjual murtabak ni dah pun ditahan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 6 tahun.

Tak kiralah apa pun alasannya kan, tapi kalau dapat gambar-gambar macamtu, janganlah sebarkan. Putus bukan alasan untuk kau jadi tak jujur.

 

Baca: “Google je lah”  BF Kantoi Pinjam Duit GF RM150 Untuk Beli Gambar-gambar Bogel Perempuan Lain

Collage 33