in

Penjawat Awam Ditahan, Rakam Wanita Di Pekan Sehari Senyap-senyap

ft penjawat awam rakam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penjawat awam telah ditahan berikutan dengan kelakuannya yang merakam video wanita secara senyap-senyap di Pekan Sehari Temerloh, Pahang pada 9 November lalu sebelum kejadian tersebut tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, penahanan terhadap lelaki berusia 41 tahun itu telah dilakukan pada hari yang sama setelah mangsa, seorang suri rumah berusia 33 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu.


Artikel berkaitan : Ramai Yang Minta Ulas Isu Guna Sikat Rambut Di Pasar Raya Tapi Tak Beli, Bos Mydin Bersuara

Artikel berkaitan : Beras Tempatan Kurang Sambutan, Tak Laku Di Pasar Raya – Timbalan Menteri KPDN

 

Banyak bahan lucah dalam handphone

Menerusi laporan Sinar Harian, polis bertindak menahan suspek kira-kira jam 10 pagi dan merampas telefon bimbit suspek yang dipercayai digunakan untuk merakam mangsa semasa kejadian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati telefon berkenaan turut mengandungi video dan gambar berunsur lucah.”

Screenshot 2025 11 20 133148

Kata Mohd Nasyim lagi, perbuatan suspek itu mula disedari mangsa sebelum dia bertindak menahan lelaki tersebut dengan bantuan pengunjung lain.

Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja mereka menerima laporan dan melakukan penahanan semula ke atas suspek dan merampas telefon bimbit miliknya.

Screenshot 2025 11 20 133449

“Suspek telah ditahan 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.”

“Siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan laporan analisa kandungan telefon yang digunakan.”

Tambah beliau, kertas siasatan telah dibuka dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 509A dan 292 Kanun Keseksaan.

Polis dan siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan laporan analisa kandungan telefon yang digunakan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.