in

Bahana Trend ‘Nasi Paku’, Budak Terpaksa Dibedah Gara-gara Paku Masuk Perut

Nasi Paku Bahaya E1645234468474

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jikalau korang membeli makanan di gerai, perkara pertama yang korang akan tengok ialah kebersihan makanan tersebut dan cara bagaimana ia dibungkus.

Kalau nasi lemak atau nasi berlauk, kebanyakannya peniaga akan membungkus menggunakan kertas dan mengikat ia menggunakan getah supaya bungkusan itu tidak terlerai.


Tapi sejak akhir-akhir ini ada segelintir peniaga katanya menggunakan paku untuk membungkus makanan. Makanan ini sering dipanggil sebagai ‘Nasi Paku’ dan ia dikatakan famous di Kota Bharu, Kelantan.

14022011338

 

Henti trend Nasi Paku 

Menerusi perkongsian Twitter Public Health Malaysia, satu kejadian tak diingini didakwa berlaku ke atas seorang kanak-kanak yang dikhuatiri tertelan paku selepas memakan makanan yang dibungkus benda tajam itu.

Kanak-kanak itu menurut tweet tersebut mengalami sakit perut dan apabila imbasan x-ray dibuat, kelihatan paku sudah berada di bahagian perut.

 

“Pengendali makanan disaran elak guna paku bungkus makanan” 

Untuk mengelakan kejadian tak diingini ini berlaku gara-gara bendasing dalam makanan, berikut antara cara yang boleh peniaga dan pembeli lakukan:

Paku dianggap sebagai “food hazard” dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan. Sebaiknya guna getah (atau kaedah mengikat yang lain) kerana ia tidak mengubah rasa atau resepi asal makanan.

Jika korang menemui peniaga yang masih gunakan paku untuk membungkus makanan, boleh saja laporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

Page 21 F 22082019

Selain dari paku, bahan seperti stapler bullet juga dinasihatkan untuk dielakkan daripada digunakan untuk membungkus makanan.

Uish bukan saja budak kena hati-hati, kita yang dewasa ini pun risau kalau tertelan paku. 

Baca: Aksi Berbahaya Kanak-kanak Duduk Bawah Lori Treler, Netizen Bengang Tak Ada Yang Datang Tolong

4 12

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.