in

Pengikut Ayah Pin Salah Seorang Yang Ditahan Dalam Himpunan Hadapan Istana Kelantan

syaz ft 2025 11 13T162506.564

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua daripada 13 individu yang ditahan selepas berhimpun di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian, kelmarin termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli disahkan merupakan bekas pengikut ajaran Ayah Pin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, kedua-dua lelaki terbabit juga antara lima individu yang didapati positif dadah selepas ujian saringan awal air kencing dijalankan.


Artikel berkaitan: Ikut Trend ‘Maui Wowie’ Di TikTok, DBKU Akan Lapor Polis 3 Individu Panjat Papan Tanda Jalan

Artikel berkaitan: Polis Larang Himpunan Di Ampang Park Esok Demi Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

Menurut beliau, siasatan awal tidak menolak kemungkinan kesemua mereka mempunyai kaitan dengan ajaran sesat memandangkan ada antara mereka bekas pengikut Ayah Pin.

“Hasil siasatan turut mendapati, kumpulan itu berhimpun di hadapan istana dengan tujuan menyerahkan barangan lama kepada Sultan Muhammad VI (Sultan yang bakal menaiki takhta), bukannya kepada Sultan sekarang, Sultan Muhammad V,” katanya.

Mohd. Yusoff menambah, siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk bagi mengenal pasti peranan individu Orang Asli yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Difahamkan, kesemua individu yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 67 tahun itu direman empat hari bermula semalam hingga Sabtu ini.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.