in

Pengasuh Tular Dera Bayi, Ibu Mangsa Dakwa Pihak Taska Mesej Mahu ‘Settle Tepi’?

Pengasuh Tular Dera Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sejak semalam mengenai beberapa video yang mengundang kemarahan netizen, memaparkan seorang wanita yang dipercayai pengasuh telah mengasari seorang bayi.

Menurut sumber, pengasuh berusia 21 tahun itu telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.


Difahamkan, suspek disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia 11 bulan dan kanak-kanak lelaki berusia sembilan bulan yang mana kejadian berlaku di sebuah taska swasta di Skudai.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan siasatan awal mendapati taska berkenaan tidak mempunyai lesen sah beroperasi.

Pihak taska mahu settle tepi

Salah seorang ibu mangsa, telah berkongsi satu tangkap layar perbualan WhatsApp daripada pihak taska yang didakwa mahu ‘settle tepi’ terhadap semua keluarga mangsa-mangsa yang lain.

Fgg

Menerusi perkongsian ibu mangsa, Rossfarah di Instastory, pihak taska juga telah meminta maaf bagi pihak pengajar di sana.

Dia turut mendedahkan pengasuh terbabit pernah beraya di rumahnya namun tidak sangka pengasuh itu berkelakuan kejam terhadap bayi yang dijaga.

Screenshot 2023 05 16 122443

Dalam pada itu, ibu mangsa meminta orang ramai dapat mendoakan yang terbaik berhubung kes terbabit.

Baca: Tular Video Pengasuh Taska Di Johor Tekap & Hempas Bayi, Suspek Kini Ditahan
Pengasuh Dera Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.