in

Tular Video Pengasuh Taska Di Johor Tekap & Hempas Bayi, Suspek Kini Ditahan

Pengasuh Dera Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video tular dari semalam yang memaparkan seorang pengasuh bertindak menekap dan menghempas seorang bayi.


Video yang mengundang kemarahan ramai orang itu tular di media sosial termasuk di WhatsApp dan ia dipercayai berlaku di sebuah pusat penjagaan di Mutiara Rini, Skudai, Johor.

Fwnwiayakaesyzq

Individu terbabit dilihat baring dan menekap bayi yang dibedung itu, di samping dia juga menggoncang lalu menghempas bayi berkenaan.

Selain itu, dia juga dilihat meniup dan menghembus muka bayi berkenaan ketika dia sedang tidur sehingga membuatkan bayi tersebut tidak selesa serta rimas lalu dia terjaga dan menangis dengan kuat.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam susulan menerima satu video tular di WhatsApp.

Suspek telah ditangkap

Dalam masa 24 jam selepas video berkenaan tular, suspek yang berusia 21 tahun itu difahamkan telah ditangkap oleh pihak polis dan suspek difahamkan ditahan di sekitar Bandar Selesa Jaya, Skudai.

Cats 38

Menurut tweet yang dikongsikan oleh @redzuanNewsMPB, permohonan reman akan dilakukan pada hari ini.

Baca: Bapa Nak Cari Pengasuh Untuk Anak Di Website, Tapi Dikecam Buat Lawak ‘Miang’

Pengasuh Online Miang 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.