in

Pengasuh ‘Racun’ 2 Bayi, Mengaku Letak Ubat Tidur Dalam Minuman

Ft Asuh Final 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa yang sibuk bekerja dan tidak sempat untuk menjaga anak-anak mereka sudah pasti akan memilih menghantar anak-anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh.


Walau bagaimanapun, ibu bapa seharusnya selidik dan ‘kaji’ terlebih dahulu latar belakang dan kebolehan pengasuh untuk mengasuh sebelum mengupah mereka untuk mengasuh anak-anak supaya kes penderaan kanak-kanak oleh pengasuh ini dapat dielakkan.

 

Pengasuh cuba racun 2 bayi, penjara 7 tahun

Seperti kejadian yang berlaku di Singapura ini, seorang pengasuh telah dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun selepas ‘kantoi’ meracun dua orang bayi yang berusia 5 dan 11 bulan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan.

Memetik laporan Berita Mediacorp, kejadian ini telah dilakukan oleh pengasuh wanita itu pada tahun 2016 dan 2017 yang lalu.

 

Jururawat berdaftar

Feat Asuh

Suspek yang dikenali dengan nama Sa’adiah Jamari merupakan seorang pengasuh bebas. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan seorang jururawat yang berdaftar.

Disebabkan dia merupakan seorang pengasuh yang berdaftar, ibu bapa kedua-dua bayi berkenaan telah membuat keputusan dengan menghantar anak-anak mereka untuk dijaga olehnya pada tahun 2016.

Namun, wanita berkenaan tergamak pula untuk meracun kedua-dua anak asuhannya itu sehinggalah kejadian itu dibongkarkan sendiri oleh ibu bapa mangsa.

 

Curiga anak selalu mengantuk, rupa-rupanya… 

Menurut sumber, ibu bapa mangsa mula curiga dengan suspek apabila melihat anak mereka berada dalam keadaan yang lemah dan selalu mengantuk sebaik sahaja diambil pulang dari rumah pengasuh.

Mereka membuat keputusan untuk menghantar anak-anak mereka ke hospital dan alangkah terkejutnya apabila doktor mendapati tubuh badan kedua-duanya mengandungi bukan setakat satu malah beberapa jenis ubat-ubatan!

Asuh Xanax

Antaranya termasuklah Alprazolam atau Xanax untuk merawat keresahan, ubat penenang dan juga ubat tidur.

Lebih mengejutkan lagi apabila mendapati ubat yang sama itu turut ditemui dalam sistem tubuh badan Sa’adiah dan juga di rumahnya. Malah, ada di antaranya telah diberikan kepadanya atas arahan doktor.

Pengasuh ada masalah tekanan jiwa? 

 

Mengaku hancurkan ubat sebelum campur dalam air

Setelah disoal siasat, pada awalnya Sa’adiah mengaku telah menghancurkan ubat-ubatan tersebut dan seterusnya dicampurkan dengan air sebelum diberikan kepada salah seorang mangsa. Walau bagaimanapun, dia menafikan pula pengakuan tersebut ketika dibicarakan di mahkamah.

Dalam perbicaraan yang terbaru, pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun terhadap kesalahan yang dilakukannya itu. Namun, dia masih lagi tidak mahu mengaku dan akan mengemukakan rayuan.

Bagi setiap tuduhan memberi racun dengan niat untuk menyakiti, Sa’adiah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda. Walau bagaimanapun, dia tidak boleh dikenakan hukuman sebat kerana dia seorang wanita.

Bagi ubat tidur sebab mudah nak tidurkan anak pengasuh? 

Baca: Lagi Kisah Pengasuh Kaki Dera, Kali Ini Bayi 4 Bulan Dipukul Hingga Lebam di Muka, Peha & Punggung Baca Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.