in

Pengantunan Seksual Adalah Jenayah Di M’sia, Ketahui Tanda-Tanda Amaran ‘Sexual Grooming’ Sebelum Terlambat!

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 2021, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada ketika itu, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mengatakan bahawa pengantunan seksual atau sexual grooming telah dimasukkan dalam Akta Kanak-Kanak sebagai satu kesalahan jenayah.


Katanya lagi, pesalah bagi kesalahan ini boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan dikenakan sebatan.

Apa itu pengantunan seksual

Salah satu kaedah yang biasa digunakan oleh pelaku yang membuat penderaan seksual terhadap kanak-kanak adalah pengantunan. Ia merupakan sikap manipulatif yang digunakan oleh pelaku untuk mendapatkan akses dari mangsa supaya mereka bersetuju dengan penderaan yang dibuat. Ia sekaligus mengurangkan risiko untuk pelaku ditangkap.

Biasanya, taktik pengantunan ini digunakan kepada kanak-kanak atau remaja namun begitu, orang dewasa juga turut mempunyai risiko sekiranya tidak berhati-hati.

Pengantunan boleh berlaku sama ada melalui dalam talian atau secara berhadapan. Ia biasanya dilakukan oleh ahli keluarga atau seseorang yang termasuk dalam golongan yang dipercayai mangsa seperti guru, jurulatih atau mana-mana individu yang mempunyai interaksi dengan mangsa

Corak pengantunan seksual

25 Signs Of Child Grooming And Abuse Parents Should Recognize Feature Min

Teknik pengantunan ini boleh berlaku dengan pelbagai cara namun ia biasanya akan mengikuti corak yang sama iaitu:

  • Pemilihan mangsa: Pelaku biasanya akan memantau bakal mangsanya dan memilih seseorang berdasarkan kemudahan akses kepada mangsa tersebut atau dari kelemahan mereka.
  • Mendapat akses dan mengasingkan mangsa: Pelaku akan cuba untuk memisahkan mangsa secara fizikal atau emosi daripada orang-orang yang melindungi mereka serta akan mencari cara untuk mempunyai hubungan dengan kanak-kanak yang dipilih.
  • Biasakan dengan sentuhan dan perbincangan topik seksual: Pelaku juga akan sentiasa menyentuh mangsa mereka dengan cara yang dilihat tidak membahayakan seperti memeluk, bergusti dan menggeletek sebelum mulakan sentuhan yang lebih ekstrem seperti mengurut atau mandi bersama. Pelaku juga mungkin akan menunjukkan video porno atau membincangkan topik seksual bagi memperkenalkan idea terhadap sentuhan seksual.
  • Pelaku cuba jadikan hubungan sebagai satu perkara biasa bagi mengelakkan rasa curiga: Bagi remaja yang mempunyai jarak umur yang lebih dekat dengan pelaku, mungkin agak sukar untuk mengenalpasti taktik yang digunakan semasa pengantunan. Jadi, ibu bapa perlu sedar dengan tanda-tanda remaja yang mempunyai hubungan dengan orang dewasa termasuklah mula berahsia, mempunyai pengaruh yang tak wajar atau melakukan perkara-perkara yang di luar kebiasaan.

Pengantunan keluarga dan masyarakat

Notavlecase Cover122 1400X775 1

Teknik pengantunan bukan sahaja digunakan untuk mendapat kepercayaan dari mangsa, tapi sering digunakan untuk mencipta imej yang dipercayai dan menjalinkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat.

Pelaku penderaan seksual remaja dan kanak-kanak biasanya merupakan orang yang baik hati, rajin membantu dan disenangi, sama seperti seseorang yang kita hargai dalam persahabatan. Namun begitu, korang tak perlu nak rasa curiga dengan semua orang yang baik dengan anak korang sebab kebanyakan dari mereka berniat baik.

Tapi pada masa yang sama, korang tak boleh juga terlalu percaya kerana kadang-kadang tu, tindakan nampak baik yang dipamerkan itu hanyalah lakonan dan cara pelaku untuk mendapatkan kepercayaan korang. Ini sekaligus membolehkan mereka untuk mendapatkan akses yang terus kepada anak korang.

Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah bercakap dengan anak-anak tentang risiko dan batas. Pastikan anak boleh bagitahu kalau mereka rasa ada orang atau individu yang bertindak melampaui batas.

Pengantunan dalam talian

40593 Exp 2026 08

Pengantunan dalam talian adalah apabila seseorang itu telah berkawan dan membuat hubungan dengan kanak-kanak dan berkomunikasi dengan mereka melalui internet dengan niat untuk membuat kesalahan seksual.

Perkara ini boleh berlaku di mana-mana platform dalam talian termasuklah media sosial, aplikasi mesej, online gaming dan live streaming. Ia biasanya melibatkan kanak-kanak atau remaja yang telah diperdaya, dipaksa atau ditekan untuk membuat sesuatu yang mereka biasanya tak buat sebelum berjumpa dengan mangsa mereka secara berhadapan untuk melakukan penderaan fizikal atau seksual. Ada juga beberapa kes di mana pelaku telah menculik mangsanya.

Kanak-kanak paling berisiko

Tak menghairaikan, kanak-kanak merupakan golongan paling berisiko kerana mereka paling senang untuk dijadikan sasaran dan biasanya tak banyak soal dengan orang yang bercakap dengan merekda.

Pengantun akan menggunakan helah psikologi bagi mengasingkan mereka dari keluarga dan rakan-rakan dan akan memilih kanak-kanak yang paling terdedah dan mudah untuk dimanipulasi. Mereka juga akan mengintip aplikasi dan laman web yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan akan cuba menghubungi beratus-ratus kanak-kanak bagi meningkatkan peluang mereka untuk berjaya.

Kebimbangan live straming

Pelaku juga mungkin akan menggunakan video siaran langsung untuk mencari kanak-kanak dan menggunakan taktik seperti membuat cabaran, memberikan hadiah atau wang bagi memanipulasi mereka dengan balasan mengikut apa yang pelaku mahukan.

Sukar dikesan

Kebanyakan kanak-kanak akan merasakan proses pengantunan merupakan fasa yang menyeronokkan kerana pelaku akan memuji, memberi galakan bagi mendapatkan kepercayaan mereka.

Ini bermakna kanak-kanak biasanya tidak akan memberitahu apa yang berlaku di dalam talian lebih-lebih lagi jika pelaku merupakan seseorang yang dikenali.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan?

6Perpetrator.jpg

Bercakap dengan anak

Zaman sekarang ni, agak sukar untuk korang suruh anak-anak untuk tidak melayari internet atau pantau mereka sepanjang masa. Tapi apa yang korang boleh lakukan adalah bercakap dengan mereka. Tanya sekiranya dorang ada kawan dalam talian atau ada main game dengan orang yang tak dikenali. Ini boleh menjadi pembuka perbualan tentang subjek pengantunan.

Semak tetapan peribadi

Sekiranya korang memberikan akses internet kepada anak-anak, penting untuk korang periksa tetapan peribadi atau meletakkan kawalan parental di peranti, aplikasi dan rangkaian.

Sumber: rainn.org, bhscp.org, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.