in

Pengantin Perempuan Cabut Lari Bila Dapat Tahu Bakal Suami Tak Kerja Dekat Syarikat Oil & Gas

Pengantin Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kecewa bila ditipu kan? Apatah lagi ditipu orang yang kita sayang dan bakal kita kahwini. Macam wanita dari sebuah negeri bernama Akwa Ibom di Nigeria ini yang dapat tahu bakal suami dia menipu.

Lebih teruk lagi, penipuan tu terbongkar masa hari perkahwinan mereka! Menurut sebuah portal, pasangan ni kenal dari satu aplikasi online dating. Lelaki itu memberitahu yang dia bekerja di sebuah syarikat minyak dipanggil Chevron. Selepas mengenali antara satu sama lain, mereka berdua buat keputusan untuk berkahwin.


 

Chevron
gambar hiasan

Malangnya, penipuan lelaki itu terbongkar saat mereka mahu dikahwinkan di sebuah gereja di sana. Tidak pasti bagaimana perkara tu terbongkar, tapi wanita tersebut dikatakan terus berlari keluar dari gereja sebaik mendapat tahu dia telah ditipu.

Ternyata lelaki tersebut hanya mereka cerita sebab dia tak bekerja di Chevron seperti yang digembar gemburkan di media sosial.

Pengantin Lari1

Pengantin Lari3
sumber: facebook

Beberapa gambar pasangan itu mula viral di internet dan kini menjadi perbualan ramai. Wanita berkenaan dilihat berlari dengan memakai gaun pengantin berwarna putih sambil dikejar oleh lelaki tu dan beberapa orang lain dipercayai ahli keluarganya.

Disebabkan gambar tu tersebar di media sosial, ramai orang memberikan pandangan berbeza. Ada yang mengutuk wanita tersebut kerana materialistik, hanya mahukan wang. Sebab itu dia lari bila dapat tahu lelaki tersebut tak kerja di syarikat minyak.

Pengantin Lari2
sumber: facebook

Ada pula yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Mereka persoal kenapa selalu wanita yang dipersalahkan. Dalam kes ni, wanita tu dikutuk sebab materialistik tapi sebenarnya lelaki tu juga tunjuk personaliti tak baik iaitu menipu.

Maybe lelaki tu kerja cashier dekat petrol station. Tu dikira syarikat minyak tak?

Baca: Gila Sangat PUBG, Selamba Pengantin Lelaki Main Masa Tengah Bersanding

Kahwin Main Pubg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.