Gila Sangat PUBG, Selamba Pengantin Lelaki Main Masa Tengah Bersanding

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Nak kahwin dengan isteri ke dengan video game? ?

Satu video TikTok berdurasi 15 saat viral dekat Facebook baru-baru ni menunjukkan pasangan yang baru berkahwin dalam persalinan tradisional. Video tu bukan viral sebab perkahwinan dorang tapi sebab tindakan pengantin lelaki tersebut yang fokus dekat benda lain.

Orang kalau kahwin mestilah happy, sentiasa senyum dekat tetamu dan fokus pada majlis persandingan kan? Tapi pengantin lelaki tu gilakan sangat game PUBG sampai dia selamba je ‘on’ guna handphone dia waktu majlis berlangsung!

Sumber: Facebook

Menurut Indian Express, isteri dia yang duduk dekat sebelah tu pun tak mampu nak cakap apa-apa. Sebaliknya dia cuma pandang suami dia yang tengah fokus nak menang game PUBG tu.

Lagi teruk, lelaki tu langsung tak pedulikan isteri dia dekat sebelah dengan muzik yang kuat dekat majlis persandingan dorang tu. Memang dia fokus habis! Eh baik takyah bersanding lah?

Lepas tu ada tetamu datang bagi hadiah, tapi lelaki ni tolak je pemberian orang dengan muka dia yang bengang sebab ada orang kacau dia dalam ‘dunia’ dia dan game tu.

Sumber: Facebook

Walaupun tak pasti video ni betul atau lakonan, tapi ramai netizen yang dah tengok rasa tak puas hati dengan pengantin lelaki tersebut. Kata dorang, ada je orang lain yang suka main game tapi tak adalah sampai tak pedulikan isteri, masa majlis kahwin sendiri pulak tu.

Korang tengok sendirilah perangai lelaki tu:

Baca: Wanita ‘Crash’ Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih Pakai Gaun Pengantin Sambil Merayu Minta Maaf

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!