in

Pengantin Pakai Emas 60Kg Masa Hari Perkahwinan, Nak Gerak Pun Susah!

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mami jarum kalau nampak ni memang jealous!


Baru-baru ini, seorang pengantin perempuan dari China telah tular di media sosial selepas dia memakai emas seberat 60 kilogram pada hari perkahwinannya.

Menurut Tribun, pengantin dari wilayah Hubei ini telah menarik perhatian orang ramai ketika majlis perkahwinannya itu.

Screenshot 2021 10 14 At 11.50.07 Am

Namun, tetamu-tetamu yang hadir pada majlis perkahwinannya ini dikatakan kesian melihat wanita ini. Mana tidaknya, dengan emas seberat 60 kilogram, wanita ini susah nak bergerak. Berat tu, macam dukung orang dewasa!

Ada juga tetamu yang siap bertanya kepada wanita tersebut sekiranya dia sakit bahu kerana perlu memikul emas berat namun wanita tersebut hanya tersenyum dan mengatakan yang dia baik-baik sahaja.

Dikatakan, sepanjang majlis tersebut dijalankan, wanita ini terpaksa meminta bantuan suaminya untuk berjalan dan bergerak.

Pakai Emas 60 Kg Pengantin Wanita Ini Kesulitan Jalan Di Hari Pernikahannya

Kalau korang nak tahu, perhiasan emas yang dipakai oleh wanita tersebut merupakan hadiah hantaran dari suaminya iaitu sebanyak 60 rantai emas seberat 1 kilogram setiap satu.

Tak cukup dengan itu, wanita ini turut menyarungkan gelang emas besar di kedua-dua tangannya yang merupakan hadiah dari keluarga pengantin lelaki. Suami dia ni anak tokey emas ke?

Untuk pengetahuan korang, menurut kepercayaan tempatan di sana, emas merupakan simbol kepada tuah, status dan boleh menangkis semangat jahat dan nasib yang buruk. Kalau banyak macam ni, tujuh keturunan lah dorang ni bernasib baik.

Korang rasa camna? Nampak best ke nampak kesian?

 

Baca: Dah Nikah Setahun Baru Buat Kenduri Kahwin, Netizen Salute Pengantin Bancuh Makanan Anak Masa Bersanding

Screenshot 2021 10 14 At 11.55.37 Am

Sumber: Tribun
Sumber: Tribun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.