Bagi mereka yang berkahwin semasa musim pandemik, korang mesti boleh relate dengan situasi yang admin nak kongsikan kat bawah ini.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok milik @hairulazmeer memaparkan seorang pengantin perempuan yang sudah siap berbusana cantik sedang sibuk menyediakan makanan buat anak kecil.
@hairulazmeer bila kau nikah dah setaun lebih..n now bru buat majlis..dah terkeluar anak sorang pulak dah..🤣🤣🤣 #pengantinpkp #fyp #fypシ
Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, pengantin ni nampak relaks je sedang siapkan makanan buat anaknya. Eh tapi baru kahwin dah ada anak ke?
Menurut si suami, mereka katanya sudah bernikah pada bulan 4 tahun lepas tapi baru semalam nak buat majlis sandingnya. Haa tudia sampai dah ada anak baru nak sanding gara-gara PKP ye…
“The real anak datang majlis kahwin mak abah”
Rata-rata netizen yang melihat video ini terhibur dengan gelagat si pengantin perempuan yang fokus menjaga makan minum anak kecilnya walaupun tengah bersanding.
Malah ramai juga yang cakap anaknya beruntung sebab boleh datang ke majlis kahwin ibu dan ayahnya. Belum pernah lagi sebelum ni kan anak-anak boleh datang majlis kahwin mak ayah, kan? Hiks!
Anak dia kalau dah besar nanti bolehlah berbangga cakap aku pernah datang majlis kahwin parents aku tau. Haa kau hado? Gitew!
Baca: Geram Pengantin Tak Bagi Rehat Untuk Makan, Jurufoto Balas Dendam Padam Gambar Kahwin