“Penembak Chrischurch pilih saya” – Serangan Masjid Norway: Jemaah Tangkap Penembak & Polis Dapat Tahu Rupa-rupanya…

Sabtu lepas, semasa umat Islam di Norway sibuk melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, mereka hampir menerima nasib seperti tragedi Christchurch yang berlaku pada Mac lalu.

Menurut EuroNews, pengarah masjid Irfan Mushtaq berkata kepada media tempatan yang seorang lelaki yang membawa dua senapang dan satu pistol telah pecahkan pintu Masjid al-Noor sebelum melepaskan beberapa tembakan.

Mujur, lelaki yang lengkap memakai perisai badan dan topi keledar ini dapat ditangkap oleh jemaah masjid sebelum polis tiba di tempat kejadian.

Sumber: Head Topics

Namun, apa yang mengejutkan, apabila polis menyerbu alamat rumah penembak ini mereka menemui mayat adik tiri perempuannya yang berusia 17 tahun di sana. Polis mengesyaki lelaki ini telah membunuh adiknya sebelum dia menyerang masjid tersebut.

Suspek yang dituduh menembak dan membunuh adiknya ini telah dihadapkan ke mahkamah semalam dengan mata yang lebam dan bengkak di sekitar kepalanya. Pun begitu, dia tetap tersenyum semasa tuduhan dibacakan.

Sumber: Reuters

Pihak berkuasa mengatakan lelaki ini bersedia untuk membunuh ramai orang dan menyebabkan kecederaan seperti serangan di Christchurch, New Zealand namun tak berjaya kerana jemaah sempat menangkap dia.

Suspek ini juga belum dikenalpasti secara rasmi oleh pihak berkuasa tapi media tempatan telah melaporkan yang lelaki berusia 21 tahun ini adalah rakyat Norway bernama Philip Manshaus.

Pihak media juga menemui, pada hari serangan tersebut, Philip telah memuatnaik status di media sosial.

Aku dah dipilih oleh Saint (Brenton) Tarrant (penembak Christchurch).”

Beberapa teori juga mengatakan masjid ini dipilih kerana mempunyai nama yang sama dengan salah satu masjid yang diserang di New Zealand; Masjid al-Noor. 

Dan, kalau korang nak tahu, agensi keselamatan domestik Norway telah menerima maklumat tentang suspek ini tahun lepas, tapi dorang tak ada bukti yang kukuh untuk tangkap dia.

Selepas perbicaraan semalam, peguam suspek ini mengatakan yang Philip mengaku tak bersalah. Mahkamah telah arahkan suspek untuk ditahan selama empat minggu termasuk dua minggu diletakkan di sel pengasingan sementara polis menjalankan siasatan.

 

Baca: “Tembakan Christchurch tak patut berlaku tapi…” – Hikmah Disebalik Insiden Berdarah Christchurch Yang Ramai Mungkin Terlepas Pandang

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson