in

Penduduk Ukay Perdana Buat Aduan Harimau Merayau, Setakat Ini Perhilitan Belum Temui Bukti Fizikal

harimau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk Pangsapuri Sri Baiduri di Ukay Perdana gempar baru-baru ini selepas terdengar bunyi ngauman harimau di kawasan sekitar kediaman mereka.

Berikutan aduan tersebut, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah memasang tiga unit kamera perangkap di kawasan hutan berhampiran pangsapuri berkenaan bagi menyiasat kemungkinan kehadiran haiwan liar itu.


Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro, setakat ini (ketika artikel ini ditulis), bunyi ngauman yang didengari oleh penduduk sekitar masih lagi menjadi tanda tanya kerana bukti yang menunjukkan kehadian harimau itu seperti najis atau tapak kaki masih lagi belum ditemui.

aduan harimau merayau ukay perdana

Artikel berkaitan: “Bangkai anjing pun ada” –  Lepas 5 Ekor, Ada Lagi Bangkai Kucing Ditemui Di IPTA

Artikel berkaitan: “Ada seekor lagi” – IPTA Sahkan Kucing M*ti Dalam Keadaan Ngeri Kerana Anjing Liar, Tapi Ramai Tak Setuju?

Dalam masa yang sama, pihak PERHILITAN masih tetap giat memantau kawasan hutan berhampiran kawasan yang didiami penduduk itu untuk memastikan keadaan berkenaan benar-benar selamat untuk penduduk.

Setakat ini juga, imej rakaman yang menunjukkan kehadiran haiwan pemangsa itu juga masih belum ada.

harimau gambar sekadar hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Babi hutan yang sememangnya ada di kawasan hutan itu merupakan satu-satunya kesan yang dijumpai setakat ini.

Perangkap kamera itu dipasang selama dua minggu sekurang-kurangnya agar pihak berkaitan boleh mendapatkan bukti jika harimau benar-benar hadir di kawasan itu.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.