in

Penduduk Putra Heights Anak Kelantan Yang Terkesan Kes Kebakaran Terima Sumbangan RM5,000

ft putra heights 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tujuh keluarga anak perantauan Kelantan yang terkesan dalam kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor pada Aidilfitri kedua (1 April) lalu menerima sumbangan khas sebanyak RM 5,000 setiap satu keluarga besertakan peralatan elektrik daripada kerajaan negeri Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, bantuan dan sumbangan yang berbentuk wang tunai dan barangan asas berkenaan bertujuan untuk bantu ringankan beban mangsa akibat insiden tersebut.


Artikel berkaitan : 190 Rumah Yang Terkesan Dengan Kebakaran Di Putra Heights Kembali Diduduki Semula

Artikel berkaitan : Kebakaran Gas Putra Heights: Airbnb Tawar 78 Kediaman Sementara Untuk Mangsa

“Sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab kerajaan negeri terhadap rakyat Kelantan yang berada di perantauan, khususnya mereka yang ditimpa musibah besar seperti ini.”

“Daripada tujuh keluarga itu, satu keluarga adalah penduduk dari Temangan iaitu dari Dewan Undangan Negeri (DUN) saya sendiri, seorang lagi dari DUN Meranti, kawasan menteri besar manakala lima lagi kawasan lain di negeri ini.”

Screenshot 2025 04 14 153105

Sumbangan itu diberikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam satu majlis ringkas di Selangor pada Ahad.

Jelas Mohamed Fadzli lagi, beliau juga sudah hubungi mangsa dari kawasannya itu sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejadian.

Pada 1 April lalu, berlaku satu kebakaran saluran gas yang di Putra Heights yang mengakibatkan api marak hingga lebih 30 meter dan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius.

Screenshot 2025 04 14 153126

Insiden tersebut dilaporkan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. Dalam pada itu, kerajaan negeri juga ada menyerahkan sumbangan sebanyak RM 500,000 kepada kerajaan Selangor sebagai tanda solidariti dan simbolik kepada persaudaraan antara negeri.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.