in

Penduduk Pangsapuri SS8 Terpaksa Bergelap, Bekalan Elektrik Dijangka Pulih Dalam Masa Beberapa Hari

bekelan elektrik terganggu pangsapuri ss8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para penduduk di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya terpaksa bergelap selama beberapa hari susulan suis utama di pangsapuri itu meletup pada Rabu lalu.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku di Pangsapuri SS8 dan kini, kerja-kerja baik pulih masih lagi sedang giat dijalankan.


Bekalan elektrik di pangsapuri itu difahamkan dijangka akan pulih dalam masa dua atau tiga hari lagi.

Untuk keselesaan penduduk terutamanya warga emas dan ibu hamil serta berpantang yang terjejas akibat kejadian itu, pihak Badan Pengurusan Pangsapuri itu telah menyediakan sebuah dewan untuk menempatkan penduduk yang terkesan.

bekalan elektrik

Artikel berkaitan:  Sepanyol & Portugal Alami Gangguan Bekalan Elektrik Teruk, Tren & Liputan Telefon Terhenti

Artikel Berkaitan: “Biasa kalau di Sabah tiada letrik tapi…” – Rakyat M’sia Cerita Pengalaman Tiada Bekalan Elektrik Di Sepanyol

Menurut Facebook TNB CareLine, kejadian suis utama meletup itu berlaku di bilik Main Switch Board (MSB) di bawah badan pengurusan (JMB) pangsapuri SS8, Kelana Jaya.

bekalan elektrik 1

Kontraktor yang dilantik oleh pengurusan bangunan telah memulakan kerja pembaikan, termasuk penggantian peralatan yang rosak.

Pasukan teknikal TNB juga telah membuat penilaian untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan bekalan bersama pihak JMB.

Difahamkan, lebih 1,000 penduduk pangsapuri itu yang terjejas kerana bangunan kediaman itu mempunyai 15 tingkat dan menempatkan 260 unit kediaman.

Sumber: Berita Harian, Facebook TNB CareLine 

Sumber: BERNAMA
Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.