in

“Modus operandi sama dengan mangsa lain” – Satu Lagi Laporan Dakwaan Cabul Dibuat Ke Atas Pendakwah Selebriti

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan yang pihaknya telah menerima satu lagi laporan Ahad lalu oleh seorang wanita yang didakwa telah dicabul oleh pendakwah selebriti.


Menurut Bernama, wanita berkenaan merupakan seorang jururawat yang bekerja di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Mangsa mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah studio di Seksyen 7, Shah Alam pada Disember tahun lalu.

Mangsa yang berusia 26 tahun itu telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dan kes itu telah pun dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Dengan laporan terbaru ini, kami sudah ada sembilan kes kesemuanya melibatkan rogol dan cabul. Tujuh kes kami buka siasatan manakala dua diklasifikasikan Tiada Tindakan Lanjut (NFA). Majoriti kes melibatkan pendakwah ini dilakukan di Shah Alam.”

Hm123Pendakwah 1607325134

Berdasarkan laporan mangsa terbaru ini, modus operandi yang digunakan oleh pendakwah selebriti itu masih sama. Mangsa telah diajak keluar makan sebelum dibawa naik ke rumah atas alasan tertinggal barang sebelum mangsa mendakwa dia telah dipeluk dari belakang oleh pendakwah selebriti itu.

Difahamkan mangsa sudah berkawan dengan suspek sejak 2018 dan mereka juga sering keluar bersama.”

Pendakwah selebriti yang berusia 25 tahun itu telah pun direman selama 10 hari di Mahkamah Shah Alam dan kini remannya disambung sehingga Jumaat atas dakwaan yang serupa oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya.

 

Baca: Kes Pendakwah Selebriti: Lepas Shah Alam, Kini Direman Polis Petaling Jaya Untuk Siasat Kes Rogol Guru Sekolah

Screenshot 2020 12 08 At 1.58.42 Pm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.