in

Pencemaran Air: 4 Lembaga Pengarah & Pengurus Kilang Buang Sisa Toksik Ke Sungai Gong Mengaku Tak Bersalah!

Yip Bros Femes For Pencemaran Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan! 


Empat lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan melepas dan melupuskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya ke Sungai Gong, Rawang, lapor Harian Metro.

4 lembaga pengarah yang juga adik beradik iaitu Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 70 dan Yip Kok Wong, 60; serta pengurus bengkel tersebut Ho Voon Leong, 59, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Loji

Bagi pertuduhan pertama: 

  • Kesemua mereka didakwa melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.
  • Kelima-lima mereka melakukan perbuatan tersebut di premis berkenaan di Kampung Sg Dua, Rawang pada 2 dan 3 September lalu mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang peruntukkan hukuman penjara 5 hingga 30 tahun dengan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Air 2

Pertuduhan kedua: 

  • Mereka dengan niat bersama dituduh telah melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya dari bengkel sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.
  • Mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sungai Gong 960X639 1

Selepas mendengar hujahan pendakwaan dan peguam, mahkamah tidak benarkan kelima-lima lelaki terbabit dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 Oktober.

Pada 5 September lepas, pihak polis telah menahan 4 orang lelaki yang juga ahli lembaga pengarah sebuah kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang.

Akibat daripada pencemaran minyak daripada kilang tersebut pada 3 September lalu, empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Uish kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku lepas ni… 

Baca: Pencemaran Air: Selangor Beri Peluang Kepada Pemilik Tanah & Kilang Haram Buat Proses Pemutihan Hingga Hujung Tahun Ini

Ong

Sumber: Harian Metro
Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.