in

Penagih Ini Cuba Kaburi Mata Masyarakat Dengan Ajar Mengaji Waktu Malam, Tapi Tak Sangka…

Ambik Dadah Tapi Ngaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bunyi macam pelik dan kalau dapat kat makcik bawang ni, mesti dia orang kata ini kerja orang munafik. Tapi seorang penagih dadah baru-baru ini berkongsi pengalaman menarik tentang hidupnya iaitu dia mengaku ambil dadah di siang hari tapi ajar al-Quran pulak pada waktu malam. Uish! 


Menurut Sinar Harian, lelaki yang dikenali sebagai A, 39 ni percaya al-Quran bukan sekadar kalam suci tapi pedoman dan panduan yang hebat dalam hidup. Sebelum korang judge… baik baca kisah selanjutnya!

Image 4
sumber: sinar harian

 

Cuba barang terlarang semasa belajar di sekolah pondok 

Menurut A yang berasal dari Selangor, pengalamannya belajar di sekolah pondok dan bapanya pula seorang ustaz membuatkan dia dapat membaca al-Quran dengan lancar.

“Saya mencuba barang terlarang itu sejak usia 14 tahun sewaktu belajar di sekolah pondok dan kerana dadah, saya dibuang dari madrasah selain pernah juga dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah,” ceritanya.

Drugs 187
Gambar hiasan

Malah lebih menyedihkan dia lalui pelbagai pengalaman hidup dan sering tukar-tukar kerja sehinggalah pada 2016, dia kerja sebagai tukang baiki jam tangan dengan seorang tauke. Pada waktu itulah, dia mula mengajar mengaji pada waktu malam.

 

“Cara ini dapat kaburi mata masyarakat atas kelakuan saya sebelum ini…” 

Walaupun A masih seorang penagih pada masa tu, dia dapat kawal dirinya dan ramai yang tak tahu siapa dia sebenarnya. Fizikalnya jugak tak nampak macam penagih yang kurus kering selalu.

“Cara ini dapat kaburi mata masyarakat paling penting ialah saya tidak mahu lagi ibu bapa rasa malu dengan jiran tetangga atas kelakuan saya sebelum itu setelah ramai yang tahu saya terlibat dengan dadah,” kata A.

Belajar Alquran Untuk Orang Dewasa
gambar hiasan

 

Akhirnya ‘tawar hati’ ambil dadah, ingin kembali ke pangkal jalan

Malah A berasa syukur kerana ayahnya tetap berfikiran positif dan percaya anak bongsunya ini mampu kembali ke pangkal jalan tapi dengan satu syarat, dia mesti sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran.

Disebabkan ini, lama kelamaan A yang selama setahun menjalani kehidupan ‘pelik’ ini berasa ‘tawar hati’ untuk ambil dadah sehinggalah dia nekad untuk berhenti.

“Kalau tidak kerana kesungguhan ayah dan keyakinannya untuk saya terus dekatkan diri dengan al-Quran, saya tidak tahu macam mana nasib diri saya sekarang ini.

“Ayah selalu pesan jangan tinggal al-Quran kerana rujukan seluruh kehidupan kita ada di dalamnya dan al-Quran adalah pedoman serta panduan hidup,” ujarnya.

Semoga terus istiqamah untuk berubah ke arah yang lebih baik! 

Baca: “Boleh berubah, cuma…” – Bekas Mak Nyah Ini Kongsikan Cara Betul Nak Dorong ‘Mereka’ Ke Pangkal Jalan

Harry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.