Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak semestinya kalau kita lihat seseorang itu sudah menyimpang dari landasan, harapan untuk dirinya berubah itu jauh.
Buktinya, Harry Zulkifli yang dulu hidupnya sebagai seorang maknyah telah kembali berubah ke fitrah asalnya. Selami kisah penghijrahannya ini.
Berusaha sampai 2 tahun untuk berubah
“Dua tahun saya ambil masa untuk berubah, ini berkat doa keluarga terutama mak dan dorongan kawan-kawan. Saya pasak tekad, moga ALLAH SWT kuatkan saya untuk terus menjadi seperti ini dan tidak kembali kepada perbuatan lama saya.
Keluarga saya memang perasan mengenai saya, dulu saya selalu curi-curi pakai celak dan bersolek dan makin melarat tatkala usia menginjak remaja dan mula tersasar jauh setelah hidup bersendirian di Kuala Lumpur ketika itu.”
Duit saya sentiasa tidak cukup… hinggalah saya tersedar satu ketika hidup saya semakin jauh daripada keluarga dan agama.”
Ketika ditemurah dalam Program Live FB Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf beberapa bulan lepas, Harry berkata naluri wanita sejak berumur 4 tahun. Namun sikap feminin itu ‘menjadi-jadi’ apabila mula hidup bersendirian di Kula Lumpur.
Mula nak berubah dengan akhlak yang elok rakannya.
“Terdetik untuk saya berubah dua tahun lepas. Saya tertarik dengan akhlak yang elok daripada seorang sahabat, dia bimbing dan tarik saya untuk bertemu dengan orang warak dan alim.
Daripada itu saya mula dekat dengan agama dan mula tersedar bahawa ALLAH SWT menciptakan saya sebagai lelaki… memang tahun pertama itu susah untuk istiqomah, namun Alhamdulillah saya semakin baik dan makin berubah.”
Akui ia bukan satu perkara yang mudah, Harry yang dulunya menggunakan nama samaran Yana ini, berkongsi apa penyebab yang mendorongnya untuk kembali menjadi seorang muslimin.
Dulu sering jauhkan diri daripada keluarga, kini semakin dekat.
“Baru-baru ini saya balik kampung, mak cakap inilah anak lelaki sebenarnya, dia gembira sangat. Kongsi mak, dia tidak putus-putus berdoa untuk saya berubah menjadi lelaki sebenar,”
Alhamdulillah ketenangan yang saya tidak boleh bayangkan, saya boleh solat dengan selesa dan ia betul-betul memberi kebahagian kepada saya,
Dulu saya selalu abaikan panggilan mak, ada sahaja alasan untuk saya lari daripadanya, hinggakan kalau berbual pun diakhirnya kami akan bergaduh.
Tapi, Alhamdulillah, sekarang saya kerap balik kampung dan akan hubungi ibu selalu untuk maklum tentang hari-hari saya.”
Ketika hidupnya tersasar, Harry kerap mengabaikan ibunya sehingga pernah bergaduh. Kini Harry tinggal bersama ibunya setelah ibu bapanya bercerai. Namun, tambahnya lagi hidup Harry lebih tenang semenja berubah ke pangkal jalan.
Golongan pondan boleh berubah, cuma..
‘Golongan pondan boleh berubah, cuma kita masyarakat janganlah memandang serong, beri kata positif dan dorongan. Jangan buang mereka, tak mengaku anak… saya minta jasa baik ibu dan ayah jangan buang mereka.”
Sebagai seorang yang pernah berada dalam situasi golongan transgender ini, Harry menerangkan bahawa mereka ini boleh berubah namun biar kena pada caranya. Bahkan keluarga juga memainkan peranan penting agar bimbing, bukan sisihkan.