Jika anda sering melayari media sosial, pasti anda perasan bahawa kualiti jalan raya di Malaysia sering menjadi topik bualan warganet. Jalan raya berlubang merupakan antara masalah utama jalan raya di Malaysia.
Bagaimanapun, tanggapan buruk orang ramai terhadap jalan raya Malaysia disangkal oleh seorang lelaki Iran. Lelaki tersebut memberikan pendapat yang berbeza berkenaan jalan raya di Malaysia dalam satu video yang dimuat naik.
Menerusi video tersebut, lelaki itu mendakwa dia menerima banyak soalan daripada penonton berkenaan bagaimana dia boleh memandu kereta BMW yang sudah ‘lowered’ di Malaysia memandangkan jalan raya di sini agak teruk.
Jelas lelaki tersebut, dia berpendapat jalan raya di Malaysia adalah berkualiti dan jauh lebih baik daripada negara asalnya.
“Jika anda lihat kualiti jalan raya negara saya, anda pasti akan berasa bersyukur. Kamu mempunyai kualiti jalan raya yang baik”, ujar lelaki tersebut memuji jalan raya Malaysia.
Sambungnya lagi, jika seseorang itu memandu kereta yang direndahkan dan masih melanggar sesuatu di bahagian hadapan kereta, itu adalah salah pemandu itu sendiri yang tidak mempunyai skil pemanduan yang baik.
@amiralij7 Why you shouldn’t be afraid of lowering your car ! #car #cartok #malaysia
Dia turut meminta orang ramai agar berasa lebih bersyukur dan bertanggungjawab terhadap kualiti jalan raya di Malaysia. Kenyataan lelaki ini ternyata mengundang reaksi pelbagai daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Jelas seorang individu, hanya sesetengah kawasan di Malaysia yang mempunyai kualiti jalan raya yang baik – terutamanya di kawasan bandar. Ada juga yang mencabar lelaki tersebut untuk memandu BMW miliknya di kawasan pedalaman di Malaysia.
Persoalannya di sini, adakah kualiti jalan raya di Malaysia teruk?
Kredit: amiralij7
BACA: Pihak Polis Tangkap ‘Pocong’ Yang Sering Kacau Pengguna Jalan Raya Pada Waktu Malam