Acara yang menyambut kehadiran pemain bola sepak popular dunia, Lionel Messi di Stadium Salt Lake, Kolkata, India bertukar kecoh apabila para peminat bintang bola sepak itu kecewa dengan penampilan pemain tersebut yang hanya sebentar sahaja.
Kekecewaan tersebut telah menyebabkan ramai peminat yang hadir ke stadium berkenaan telah membaling kerusi dan botol ke dari tempat duduk mereka ke arah padang, lapor Sinar Harian.
Difahamkan, peminat telah membayar tiket dengan harga sebanyak ₹18,000 atau sekitar RM815 untuk menyaksikan kehadiran Messi di stadium tersebut.
Namun, Messi difahamkan hanya muncul sekitar 20 minit di stadium itu sebelum pemain bola sepak itu diiring keluar oleh pasukan keselamatan.

Artikel Berkaitan: Seriouslah ‘Player’ Thai Lagi Kaya Dari Ronaldo? Ini 9 Pemain Bola Sepak Terkaya Di Dunia
Artikel Berkaitan: “Boleh nampak dari atas”- Wajah Lionel Messi Hiasi Ladang Jagung Seluas 50 Hektar
Tambahan pula, penampilan Messi yang singkat di stadium berkenaan juga difahamkan telah dilindungi atau dihalang oleh barisan selebriti dan pegawai.
Keadaan tersebut telah menghalang ramai peminat untuk melihat ikon bola sepak Argentina itu dengan jelas.
Sebahagian peminat atlet itu telah membaling botol, kerusi dan bertindak di luar kawalan selepas Messi keluar meninggalkan stadium.
Sumber: Sinar Harian
