Walaupun kita sudah memasuki tahun baru 2023, nampaknya demam Piala Dunia yang berlangsung di Qatar pada hujung tahun lalu masih belum surut.
Dalam perlawanan akhir bola sepak tersebut, dunia telah menyaksikan Argentina diangkat sebagai juara World Cup.
Sebagai tanda untuk meraikan kemenangan negara itu, seorang petani di Los Condores, wilayah Cordoba, Argentina telah ‘menghias’ ladang jagungnya dengan wajah Lionel Messi.
Wajah Lionel Messi dipilih untuk menghiasi ladang jagung tersebut sebagai satu tanda terima kasih kepada pemain berusia 36 tahun itu yang telah menjadi penyumbang utama kemenangan Argentina.
Menurut Metro UK, ladang jagung tersebut berkeluasan lebih kurang 50 hektar.
Petani yang dikenali sebagai Maximiliano Spinazze telah menggunakan algoritma untuk mengira di mana dia sepatutnya menanam benih jagung supaya ia boleh tumbuh mengikut bentuk wajah Messi.
Manakala, Carlos Faricelli iaitu jurutera sektor perladangan pula telah mereka coding untuk mesin yang membantu menghasilkan wajah pemain lagenda tersebut.
Apabila jagung mula tumbuh, wajah Messi boleh dilihat dari pandangan atas menggunakan drone.
Ini bukanlah kali pertama peminat bola sepak membuat tribute kepada Messi.
Sebelum ini, seorang peminat di Dominican Republic juga pernah mencukur rambut di bahagian belakang kepalanya dengan wajah Messi, lapor Mail Online.
Sumber: Metro UK
Baca: Dipakaikan Jubah Hitam, Ini Maksud Sebenar Disebalik ‘Beshth’ Yang Disarung Messi