in

Peminat ‘Excited’ Billie Eilish Nak ‘Turun’ KL 18 Ogos Ini!

Untitled Design 2022 06 23T104740.483

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi pop sensasi dan pemenang tujuh kali Anugerah Grammy, Billie Eilish akan membuat persembahan buat pertama kali di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini.


Persembahan ini merupakan sebahagian daripada konsert jelajah dunianya ‘Happier Than Ever’ dan Kuala Lumpur menjadi antara lokasi di Asia selain Manila, Seoul, Singapore, Bangkok dan Tokyo dalam bulan Ogos.

Sebelum ini, penyanyi berusia 20 tahun itu telah melakukan siri jelajahnya di Amerika Utara, UK dan Eropah pada tahun lepas, ia mencipta rekod apabila sold out di semua lokasi.

Sejak pelancaran single sulungnya, Ocean Eyes pada 2015, anak kelahiran Los Angeles itu terus meraih kejayaan demi kejayaan dengan muziknya yang tersendiri.

Sebagai info, album 2019 beliau, When We All Fall Asleep, Where Do We Go?, menjadi album nombor satu di Billboard 200, serta 17 negara lain di seluruh dunia dan merupakan album yang paling banyak distrim pada tahun itu.

Tiket akan mula dijual esok (24 Jun) pada harga RM308, RM408, RM508 dan RM598.

Okay dah boleh mula kumpul duit ni!

Baca: Justin Bieber Bakal Batal Konsert Kerana Alami Sindrom Ramsay Hunt, Adakah Malaysia Turut Terlibat?

Untitled Design 2022 06 23T104344.756

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.