Sejak konsert Billie Eilish diadakan baru-baru ini, ia telah mengundang kritikan dari pihak agamawan. Perkara ini lebih mendapat perhatian apabila semakin banyak artis antarabangsa yang akan datang ke Malaysia untuk membuat persembahan selepas terhenti ekoran pandemik dua tahun lalu.
Malah baru-baru ini, Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) telah memberikan amaran bahawa protes di seluruh negara akan dibuat sekiranya konsert melibatkan artis antarabangsa yang telah dijadualkan tidak dibatalkan, FMT.
Ketua pemuda, Ahmad Fadhli Shaari telah memanggil kerajaan untuk membatalkan acara ini kerana ia menggalakkan hedonisme dan tidak sesuai dengan norma dan nilai kehidupan orang Islam di Malaysia.
Saya harap kerajaan, menerusi menteri yang berkaitan akan pertimbangkan untuk membatalkan kelulusan yang diberikan kepada konsert-konsert seperti ini.
Kami tidak akan teragak-agak untuk membuat protes sekiranya (permintaan) ini diabaikan.”
“Immaturenya”
Ekoran ini, pelakon Nabila Huda menerusi akaun Twitter peribadinya telah memberikan komen mengenai amaran yang dibuat oleh parti Islam tersebut.
https://www.instagram.com/p/Chq2NcNJB2Z/
Menurut Nabila, lebih banyak lagi benda yang perlu diberikan perhatian berbanding isu konsert antarabangsa yang bakal diadakan di Malaysia.
Kena batal international concert kalau tidak nak protes? Seriously? Banyak benda yang perlu diberi perhatian untuk negara kite,itu yang diberi perhatian..Immature nya..”
Selain itu, Nabila juga tak bersetuju dengan pendapat Ketua Pemuda PAS ini yang merasakan konsert antarabangsa boleh menyebabkan budaya hedonisme.
Konsert antarabangsa boleh menyebabkan budaya hedonisme? Oh come on….”
Menerusi ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan pendapat dari Nabila ini.
Apa pendapat korang?
Baca: Tular Video Peguam ‘Koyak’, Nabila Huda Kongsi Pengalaman Kena Saman Dengan Peguam Siti Bainun?