in

“Pemilik orang Islam & bukan Islam” – SAH! 2 Kedai Nasi Ayam Viral Semua Tiada Sijil Halal

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kedai menjual nasi ayam dan itik yang terkenal di Pulau Pinang baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi sehingga pemiliknya terpaksa menutup salah sebuah cawangannya yang terletak di Sungai Ara atas desakan penduduk tempatan.


Ini kerana baru-baru ini tular video mendakwa kedai nasi ayam dan itik yang mempunyai dua cawangan di sebuah pusat membeli-belah dan Sungai Ara telah mengambil bekalan makanan mereka daripada sebuah restoran yang menyediakan makanan tidak halal di Paya Terubong.

Ekoran ini, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah pun menjalankan siasatan mereka ke atas ketiga-tiga restoran terbabit.

Menurut Pemangku Pengarah JHEAIPP Mohd Hanif Omar@Wahab, siasatan mendapati dua kedai milik lelaki Islam yang terletak di Sungai Ara dan pusat membeli-belah itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) lapor Sinar Harian.

Nasiayamm1 1660577968 1

Manakala premis di pusat beli-belah adalah perkongsian bersama antara pemilik tersebut dan seorang pemilik bukan Islam. Namun begitu, kedai di Paya Terubong yang turut menjual daging khinzir itu hanya digunakannya untuk membasuh bekas-bekas peralatan makanan.

Selain itu, pemilik kedai ini juga mengaku bahawa makanan yang tidak habis dijual juga akan turut dihantar ke restoran di Paya Terubong untuk diberikan kepada anjing.

Untuk pengetahuan korang, menerusi siasatan yang dibuat, pemilik kedai ini memberitahu bahawa dia telah memasak masakannya itu di premis pusat beli-belah dan bekalan ini turut dibawa ke kedai Sungai Ara untuk dijual.

Disebabkan ini, pihak JHEAIPP telah pun menasihati pemilik kedai ini untuk memohon SPHM bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

 

Baca: [VIDEO] Kecoh Isu Beli Nasi Ayam Dari Kedai Bukan Islam, Ini Penjelasan Peniaga…

Isu Beli Nasi Ayam Dari Kedai Bukan Islam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.