in

[VIDEO] Kecoh Isu Beli Nasi Ayam Dari Kedai Bukan Islam, Ini Penjelasan Peniaga…

Isu Beli Nasi Ayam Dari Kedai Bukan Islam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap soal makanan, ia adalah isu yang sangat sensitif bagi umat Islam kerana selain kebersihan, kita juga sering menitikberatkan makanan tersebut mestilah datang daripada sumber yang halal.



Namun baru-baru ini, tular di media sosial isu sebuah restoran nasi ayam dan itik yang terkenal di Pulau Pinang didakwa telah menjual makanan yang dibeli daripada restoran bukan Islam, lapor Berita Harian.

Video tular punca ramai persoal status halal restoran? 

Isu ini dikatakan bermula lepas tular sebuah video memaparkan dua orang lelaki berbangsa Melayu didakwa telah pergi ke sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong untuk mengambil pesanan nasi yang dipercayai dijual kepada pelanggan di gerai mereka dekat Sungai Ara, Pulau Pinang.

Video itu kemudian mendapat perhatian beberapa influencer yang pernah membuat review kedai berkenaan dan menularkan video itu di TikTok.

@syafiqrx90

An explanation and apology regarding the issue of Nasi Itik Sungai Ara, Penang #makanlokal

♬ Это любовь – Амирчик

Pengguna TikTok @shahrilwokay2 yang pernah ke kedai tersebut untuk review makanan juga telah membuat permohonan maaf kerana tidak mengetahui akan isu yang telah berlaku.

Menurutnya, dia telah menerima info dari seorang ‘hamba Allah’ yang memintanya menurunkan video berkenaan selepas ada pihak merakam video dua lelaki ke kedai bukan muslim itu bersama bekas makanan.

@shahrilwokay2

Assalamualaikum. Ni statement aku tentang isu Nasi Itik & Nasi Ayam di Sungai Ara Pulau Pinang. Semoga jelas & Insya’Allah lepas ni aku akan lebih berhati².

♬ original sound – shahrilwokay2 – shahrilwokay2

Mufti Pulau Pinang mahu kes disiasat, peniaga beri penjelasan rupanya… 

Kes ini telah mendapat perhatian serius dari Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Noor yang menggesa pihak berkuasa agama Islam untuk menyiasat tindakan peniaga nasi ayam Islam yang didakwa membeli makanan itu dari kedai bukan Islam.

Menurut Berita Harian, jika didapati peniaga itu menjual nasi ayam dibeli dari kedai bukan Islam kepada pelanggan Muslim, pelakunya perlu dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan undang-undang.

Nasiayamm1 1660577968

Walau bagaimanapun, memetik laporan terkini dari Harian Metro, Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain berkata, beliau sudah pun bertemu dengan dua individu tersebut iaitu peniaga gerai terbabit kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk meminta penjelasan.

Dua individu terbabit menyatakan tujuan mereka ke premis yang terletak di Paya Terubong itu adalah untuk mencuci perkakas perniagaan yang digunakan.

“Bila saya jumpa mereka dan tunjuk video yang menunjukkan beberapa barang seperti bekas makanan dihantar ke sebuah kedai makan bukan Islam di Paya Terubong dan mereka tidak menafikan perkara itu dan kata hantar untuk basuh barang niaga sahaja.

“Bila saya tanya makanan masak di mana mereka jawab di sebuah premis di Persiaran Gurney. Masak di Gurney, jual di Sungai Ara tetapi hantar barang untuk dibasuh di Paya Terubong bukankah tidak masuk akal?” katanya.

Sophian pada masa yang sama meluahkan rasa keraguan dengan penjelasan yang diberikan apabila gerai peniaga tersebut dan kedai makan terbabit mempunyai menu yang sama iaitu nasi ayam dan nasi itik dan dikhuatiri berlaku percampuran bukan sahaja dari aspek penggunaan bekas malah makanan itu sendiri.

Peniaga mohon maaf kerana timbulkan keraguan

Dalam pada itu, pihak peniaga menerusi posting di Facebook namun ditularkan di TikTok telah membuat penjelasan dan memohon maaf kerana menimbulkan keraguan di atas penyediaan nasi ayam dan nasi itik tersebut.

Mereka juga siap menunjukkan proses penyediaan makanan kepada pengguna media sosial, termasuk di bahagian dapur di mana makanan dimasak.

Kedai Ayam Itik

Kedai Ayam Itik 2

Boleh tengok video penuh di sini.

Apa-apapun kita serahkan kepada pihak berkuasalah untuk menjalankan siasatan lanjut mengenai hal ini. 

Baca: Jiran Cina Sambut ‘Birthday’ Anak Tapi Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal, Beri KFC Sebagai Ganti

Non Halal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.