in

Pemilik Motosikal Boleh Dipenjara Sampai 6 Bulan Jika Bunyi Ekzos Bising

Ekzos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas ni jangan disebabkan motor masa depan dah gelap!


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata sesiapa yang ubah suai kenderaan buat ekzos bising boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan.

Katanya, di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan baik.

 

“Mana-mana orang yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih enam bulan penjara.

Tambahnya lagi, di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis juga ada   kuasa untuk menyita motosikal tersebut, lapor Sinar Harian.

Jelasnya, pihak polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemilik motosikal mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan tersebut tidak berulang lagi.

“Pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS).”

Menerut beliau lagi, bunyi ekzos akan diukur mengikut kadar yang dibenarkan. Sekiranya melebihi sepertimana yang ditetapan, JAS akan mengeluarkan kompaun saman ke atas pemilik motosikal.

Pesannya lagi apa-apa pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

Baca : “Kenapa tak cakap baik-baik” – Wanita 61 Tahun ‘Ditibai’ Dengan Helmet Oleh Individu Tak Dikenali Hanya Sebab Parkir Motor

Pukull

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.