in

“Pemilihan tak adil, takde kepimpinan” – Bekas Atlet Dedah Budaya Toksik Dalam Kem Renang Negara?

Kemelut Sukan Renang Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bekas atlet Olimpik negara mendedahkan bahawa terdapat budaya pasukan yang ‘toksik dan negatif’ dalam sukan renang Malaysia susulan keputusan yang buruk oleh sukan berkenaan di Sukan Asia Tenggara.


Marilyn Chua yang pernah bertanding dalam sukan Olimpik 2000 mendedahkan perkara berkenaan menjelang Sukan Asia yang akan berlangsung di China tahun ini.

Beliau yang ketika ini juga jurulatih pasukan negeri Selangor berkata, ramai perenangnya akan pulang ke kem negeri akan mengadu tentang budaya negatif dan toksik yang terdapat dalam kem pasukan negara.

Menurutnya, perkara tersebut pastinya akan mengganggu persembahan atlet dan tidak langsung membantu dalam perkembangan atlet itu sendiri.

Terdahulu, kem sukan renang negara hanya memenangi sebutir pingat emas daripada 39 yang dipertandingkan pada Sukan Sea di Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini.

Sea49 09052023 Renang 3152823 20230509212457

Tambah Chua lagi, pasukan renang negara tidak mempunyai banyak kekurangan dari segi pepaduan antara atlet, kepimpinan, keadilan serta ketelusan dalam proses pemilihannya. Secara tidak langsung, hal ini juga menyebabkan persembahan pasukan renang negara tidak begitu memberangsangkan sejak dua dekad yang lalu.

Beliau menyarankan perubahan perlu dilakukan terutamanya perkara diluar kolam renang termasuklah kepimpinan yang berkesan, dan merayu kepada persekutuan renang kebangsaan untuk bekerjasama dengan persatuan negeri.

Sumber : CNA

Baca : 7 Kontroversi Sekitar Sukan SEA 2023 Ni Buat Ramai Geram?

Collagefeat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.