in

“Pemeriksaan Suhu Badan Sebagai SOP Covid-19 Tidak Lagi Relevan” – Pakar

Page 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) baru-baru ini mempersoalkan kewajaran untuk terus menjadikan pemeriksaan suhu badan sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, berikutan banyak kes didapati tidak bergejala.


Kenyataan itu datang daripada Presiden MMA, Dr. Koh Kar Chai yang percaya syarat suhu badan diambil sebelum orang ramai dibenarkan masuk ke tempat awam tidak lagi relevan dalam situasi sekarang.

Beliau turut menegaskan bahawa beban mencari gejala Covid-19 tidak wajar diletakkan kepada penjaga pintu seperti pegawal keselamatan, memandangkan mereka bukanlah petugas profesional dalam bidang kesihatan.

Jpg 1

 

Tambahnya lagi, ada pesakit yang dijangkiti sekadar mempunyai gejala ringan atau tiada gejala langsung, mengakibatkan pengamal perubatan terpaksa bergantung kepada ujian untuk mengesan Covid-19.

Kebanyakan kedai telah melabur membeli termometer digital. Tidak rugi jika ia masih dipakai tetapi tidak seharusnya diwajibkan sebagai sebahagian daripada SOP. Kebanyakan termometer ini tidak tepat pun.

Mansuhkan pemeriksaan suhu kerana ia tidak begitu berguna dalam saringan kes positif Covid-19. Sebaliknya, pelitup muka, penjarakan fizikal, sanitasi tangan dan pengudaraan yang baik harus dititikberatkan.”

Menurutnya, orang ramai boleh saja mencatatkan suhu badan yang tinggi akibat demam biasa atau jangkitan penyakit selain Covid-19, jadi tidak adil untuk memaksa mereka diperiksa.

Kenyataan tersebut disokong Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia, di mana Dr. Steven Chow selaku Presiden persatuan itu turut menyatakan bahawa kakitangan keselamatan tidak boleh dianggap sebagai pengawal pintu perubatan.

Beliau bagaimanapun berkata amalan itu masih boleh digunakan hanya sebagai langkah pengesanan awal terhadap pengembara di pintu masuk antarabangsa.

Sumber: FMT

Baca: Pengembara Yang Pernah Dijangkiti Covid-19 & Telah Divaksin KKM Kini Tak Perlu Lagi Jalani Kuarantin Wajib

Capture 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.