in

“Pemabuk tak guna ni langgar kereta parents aku!” – Ibu Bapa Gadis Ini Alami 2 Kemalangan Dalam 1 Hari Disebabkan Kecuaian Pemandu Mabuk

2 Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya sudah berkali-kali kerajaan mahupun NGO yang berkaitan beri peringatan supaya pemandu kat luar sana jangan ‘drink and drive’. Pemandu mabuk ni sangat bahaya kerana mereka ada peluang tinggi untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya.



Baru-baru ni, seorang gadis berkongsi kisah tragis yang melibatkan ibu bapanya apabila mereka terbabit dalam kemalangan sebanyak 2 kali dalam 1 hari yang disebabkan oleh pemandu yang mabuk! Allahuu… Ini apa yang diceritakannya.

 

Kemalangan pertama (pagi) – Kereta ayah dilanggar penunggang motosikal di simpang 

Menerusi posting gadis bernama Nelisain di Twitter, semuanya bermula apabila ayahnya terlebih dahulu terlibat dalam kemalangan di persimpangan jalan ke arah KUSESS pada waktu pagi. Penunggang motosikal tu dikatakan tiba-tiba keluar dari arah bertentangan tanpa berhenti terlebih dahulu dan merempuh kereta ayahnya.

Nak menambahkan drama, penunggang tu dahlah tak ada lesen dan tak pakai helmet, lepas tu tiba-tiba bos kepada penunggang motor ni pulak memarahi ayah Nelisain tanpa sebab. Adoi! 

Day 1

D00Envmvsaairp7

Day 2

Excident Pagi
sumber: twitter

 

Kemalangan kedua (malam) – Kereta sekali lagi dilanggar pemabuk hingga wajah ibu lebam dan hidung berdarah

Disebabkan kereta ayahnya dah masuk bengkel pagi tadi, jadi parents Nelisain terpaksalah tumpang kereta sepupu yang jugak ‘pomen’ untuk pulang ke KL. Dalam perjalanan pulang ke KL, sekali lagi kemalangan berlaku.

Kali ni seorang pemabuk langgar belakang kereta Myvi yang dibawa ayahnya sampai berpusing. Malang bagi ibunya, wanita itu mengalami kecederaan teruk di muka dan hidung. Mujurlah selamat tak ada apa-apa.

Ex Malam
sumber: twitter

Drunk 1

Drunk 2
sumber: twitter

 

“Ayah cium dahi ibu, cakap sorry dan beritahu dia akan okay. Ini buat saya menangis” 

Nangis
sumber: twitter

 

“Tolonglah jangan drink and drive. Ibu bapa aku jadi mangsa jenayah ini” 

Dont 1
sumber: twitter

Kepada pemandu kat luar sana, beringatlah sebelum terkena. Jangan minum dan lepas tu bawa kereta. Kalau berlaku kemalangan, kesian kat mangsa yang tak bersalah. Hati-hati di jalan raya gais! 

Baca: “Ini gaji terakhir kak long boleh beri ibu..” – Kisah Disebalik Tragedi Kemalangan Maut Tiga Beradik Perempuan Yang Menyayat Hati.

Kemalangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.