in

“Pelbagai gosip liar bertebaran…” – Akhirnya Munculkan Diri, Linda Nanuwil Jelaskan Sebab Dia ‘Hilang’

Nanuwil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat siri program realiti Akademi Fantasia, korang pasti ingat akan Naib Juara AF2 ini yang bernama Linda Nanuwil. Pun begitu, dah lama penyanyi yang berasal dari Sabah ni menghilang diri tanpa sebarang berita.


Tup-tup, tak ada angin dan ribut, lepas 14 tahun berlalu, Linda akhirnya membuat kemunculan semula. Menurut Harian Metro, Linda memohon maaf sebab ‘menghilang’ agak lama daripada dunia seni dan berjanji akan tebus semula kehilangannya selama ini. 

Linda 1
sumber: harian metro

 

Terlalu sedih lepas ibu dan ayah meninggal berturut-turut

Mungkin ramai yang tak tahu, tapi Linda yang kini berusia 34 ni menghilangkan diri sebab nak ubati kesedihan lepas kehilangan kedua ibu bapanya yang meninggal sekitar tahun 2008 dan 2009 dulu.

Dqdgbzzueaixfkh
sumber: twitter

Kehilangan tersebut beri kesan besar dalam hidupnya kerana kedua ibu bapa Linda meninggal dalam tempoh dua tahun berturut-turut. Aduh sedihnya…

“Jujur, saya hampir hilang arah ketika itu memandangkan saya sangat rapat dengan mereka. Merekalah yang selalu menemani saya kalau terbabit mana-mana tawaran seni.

“Sehinggakan, saya terpaksa nyahaktif segala sosial media disebabkan mahu menyendiri ketika itu. Tidak sangka, saya akhirnya ‘berehat’ terlalu lama tidak seperti dirancang,” katanya.

 

Gosip liar sudah berkahwin timbul 

Admin masih ingat lagi, masa Linda menghilangkan diri tak lama dulu, ramai yang cakap penyanyi bersuara lunak ni sudah bernikah dengan seorang yang berada dan kononnya sekarang dah ada family sendiri.

Tapi tuduhan ni jelas tak berasas lepas Linda beritahu yang semuanya hanya gosip liar semata!

“Sebenarnya sejak saya memutuskan pulang ke kampung halaman, pelbagai gosip liar bertebaran mengenai saya. Saya sendiri mendengar macam-macam cerita namun lebih baik berdiam.

“Ada yang mengatakan saya sudah berkahwin, pindah ke luar negara dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya ada saja dan tinggal di Kota Kinabalu dan masih solo,” katanya.

Dpoqtusv4Aao4Ov
sumber: twitter

Macam manapun, Linda yang ingin terjun semula ke dunia hiburan berharap kemunculannya diterima positif dan mendapat sokongan ramai. Dia jugak bakal lancarkan single terbaru pada pertengahan November ni khas buat mereka yang merinduinya.

Teringat lagu Jika Kau Kekasih dari Linda yang meletop-letop dulu tu kan? 

Baca: Dakwa Pernah Didera Kerabat Diraja Kelantan, Ini Wajah Terbaru Manohara

Manohara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.