in

Pelancong Indonesia Jadikan Bahasa Melayu Di KLIA Sebagai ‘Bahan Lawak’ Dikecam Netizen

Ft Pelancong Dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang pelancong dari Indonesia yang baru pertama kali ke negara ini telah mengundang rasa kurang senang netizen.


Dalam satu video tular, lelaki yang dikenali sebagai Yusuf Hendranto didakwa telah memperlekehkan Bahasa Melayu semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.

Artikel berkaitan : “Aku tak suka apa orang cakap apa aku boleh bua”- Influencer Dikecam Nak Buka Hijab Dalam Podcast Seram

Artikel berkaitan : Lepas Dikecam Teruk Ketiak Hitam, Influencer Mukbang Pakai Baju Senonoh Dipuji Netizen

“Saya sudah tiba di lapangan terbang, ada beberapa ayat yang buat saya ketawa habis-habisan. Antara kalimatnya adalah tuntutan bagasi. Dituntut ngak tuh?”

Menerusi rakaman terbabit, lelaki itu turut menyatakan bahawa ini kali pertama dia datang ke Malaysia yang menyebabkan dia agak aneh apabila mengetahui perkataan dalam Bahasa Melayu.

Lelaki tersebut juga menyatakan bahawa ini adalah kali pertama dia datang ke Malaysia dan ia membuatkan dia rasa kekok apabila mempelajari perkataan dalam Bahasa Melayu.

“Pertama kali datang ke Malaysia, pertama kali baca bahasa Melayu agak aneh but fun, saya ketawa-ketawa sendirian di sini.”

@majoritiofficial

‘Aneh-aneh but fun’ katanya, klik link untuk baca berita dan video penuh #bahasamelayu #pelancongindonesia #pelancong #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Berikutan dengan kelakuan lelaki tersebut ia telah mengundang kecaman orang ramai, antara kecaman yang dia terima adalah kecaman yang datangnya daripada orang dari Sumatera sendiri. Individu itu juga meluahkan rasa malunya terhadap sikap lelaki ini yang berada di negara orang.

Malah lelaki ini juga banyak menerima mesej kecaman netizen yang meminta dia untuk agar menunjukkan rasa hormat bila berada di tempat orang, bukan sahaja di Malaysia malah di negara lain juga.

Oleh sebab itu, lelaki ini tampil buat permohonan maaf secara terbuka dan membuat penjelasan bahawa niatnya itu bukanlah mahu merendah-rendahkan sesuatu negara itu.

Screenshot 2024 05 02 152250

Harap lepas ini faham sensitiviti negara orang, tak semua orang ‘sekepala’ dengan kita.

Sumber : TikTok

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.