in

1,754 Sekolah Ditutup, Kini Hampir Sejuta Pelajar Di Malaysia Tidak Ke Sekolah Gara-Gara COVID 19!

Tutup 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penularan wabak COVID 19 di negara ini makin mengganas. Kalau dulu, kebanyakan kes mungkin tertumpu di Kedah dan Sabah. Namun sekarang, hampir setiap negeri mencatatkan kes COVID 19.


Malah lebih membimbangkan, beberapa daerah di beberapa negeri juga sudah diklasifikasikan sebagai ‘zon merah’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membawa kepada penutupan 1,754 buah sekolah di Malaysia.

Menurut Sinar Harian, sehingga setakat ini, boleh dikatakan sekitar sejuta pelajar di negara ini tidak dapat menjalani sesi persekolahan seperti biasa disebabkan kes pandemik COVID 19 yang meningkat semula. Aduhai… 

 

Sabah catat penutupan sekolah tertinggi, kemudian Selangor 

Setakat ini, Sabah mencatatkan jumlah penutupan sekolah yang paling tinggi iaitu sebanyak 1,297 buah sekolah yang melibatkan 500,000 orang pelajar. 

Penutupan ini dilakukan mulai 10 Oktober hingga 25 Oktober selepas terdapat peningkatan mendadak dalam kes COVID 19 di negeri itu.

Lebih mengejutkan semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengambil keputusan sama untuk menutup 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling di Selangor mulai 12 Oktober hingga 25 Oktober. 

Ini juga susulan peningkatan kes COVID 19 di Selangor sehingga daerah Petaling kini diklasifikasikan sebagai zon merah. 

Memandangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan bahawa daerah Petaling, Selangor, telah…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Ahad, 11 Oktober 2020

 

Selain daripada daerah Petaling, 440 buah sekolah di Klang juga diisytiharkan tutup lepas kawasan itu juga diklasifikasikan sebagai zon merah. Ini diikuti dua sekolah di Putrajaya dengan anggaran 2,978 pelajar terlibat.

Sekolah di Putrajaya yang ditutup ialah:

  1. SMK Presint 8 (1)
  2. SK Precint 8 (1)

Tutup

 

Empat sekolah ditutup di Kedah 

Dalam pada itu, terdapat 4 sekolah pula yang ditutup di Kedah semalam sehingga 14 Oktober. Ia membabitkan sekolah di daerah Baling dan Pokok Sena.

  1. SMK Bongor
  2. SMK Baling
  3. SMK Bukit Payong
  4. SK Bukit Pak Kiau

849901

 

Beberapa sekolah di Perak, Johor & Terengganu juga ditutup

Enam buah sekolah yang ditutup di Perak ialah:

  1. SMK King Edward VII
  2. SMK (P) Treacher Methodist
  3. SMK Bukit Jana
  4. SK Taman Jana
  5. SK Convent Kota
  6. SK Ulu Mengkuang

Manakala dua sekolah di Johor pula di daerah Masai dan Pasir Gudang:

  1. SK Masai (2)
  2. Sekolah Agama As-Syakirin

Penutupan sekolah di Terengganu pula melibatkan empat buah sekolah di Kuala Nerus dan Dungun iaitu:

  1. SK Padang Kemunting
  2. SK Kompleks Seberang Takir
  3. SMK Kompleks Seberang Takir
  4. SMA Sultan Ismail

Apa-apapun marilah kita berharap serta berdoa semoga wabak COVID 19 ini berakhir tidak lama lagi supaya anak-anak kita dapat kembali ke sekolah semula seperti biasa. 

Baca: SK Bangsar Akhirnya Ditutup Seminggu, 100% Pelajar Tidak Hadir Kerana Bimbang COVID 19

Skbangsa

Sumber: Harian Metro
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.