in ,

“Pelakon takde emosi ni jugak kau nak ambik” – Peminat Bengang Kristen Stewart Dipilih Untuk Lakonkan Watak Princess Diana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dikatakan Kristen Stewart telah pun menandatangani kontrak untuk melakonkan watak ikon British, Princess Diana dalam sebuah filem bertajuk Spencer.


Filem ini akan berkisarkan tentang hujung minggu tahun 1990 sewaktu Diana sedar yang perkahwinannya dengan Prince Charles telah pun berakhir.

Ramai peminat meluahkan rasa tak puas hati dengan pemilihan Kristen Stewart dan merasakan ramai lagi pelakon terutamanya pelakon dari UK sendiri yang layak melakonkan watak ini.

Kristen Stewart bawak watak Princess Diana memang tak kena on so many levels.”

Ramai lagi pelakon British boleh bawak watak ni. Princess Diana classy, Kristen tak. Muka pun tak sama.”

Kristen Stewart berlakon jadi Princess Diana? Tahun ni memang betul-betul kena sumpah.”

Pun begitu, pengarah filem, Pablo Larrain mempertahankan keputusan dia dengan mengatakan dia memilih Kristen untuk galas watak Diana bukan pemilihan yang mudah, lapor Daily Star.

Kristen adalah salah seorang pelakon yang hebat zaman ini dan cara dia baca skrip dan berlakon jadi karakter ni memang sesuatu yang cantik untuk dilihat.”

Tambahnya lagi, filem ini tak akan menyentuh tentang kematian Diana. Ia lebih fokus tentang perkahwinannya dengan Prince Charles dan cintanya kepada anak-anaknya William dan Harry.

 

Baca: Palsukan Kematian? Ini Antara 5 Teori Konspirasi Kematian Puteri Diana #Throwback

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.